passionately driven

Rangkaian Pengedar Baharu DENZA Kini Tersedia Di Empat Lokasi Terpilih

Rangkaian Pengedar Baharu DENZA Kini Tersedia Di Empat Lokasi Terpilih

DENZA, jenama kenderaan elektrik (EV) premium di bawah Kumpulan BYD, mengukuhkan kehadirannya di pasaran Malaysia dengan pelancaran serentak empat cawangan pengedaran baharu di seluruh negara.

Langkah strategik ini menandakan komitmen DENZA untuk membawa pengalaman mobiliti elektrik bertaraf premium kepada lebih ramai rakyat Malaysia, selain memperkukuh jaringan perkhidmatan pelanggan.

Sejak kemasukannya ke pasaran tempatan, DENZA mencipta impak besar apabila model MPV elektriknya, DENZA D9, dinobatkan sebagai MPV elektrik premium paling laris di Malaysia. Kejayaan ini turut menyumbang kepada lonjakan prestasi BYD yang merekodkan hampir 2,400 unit EV terjual pada suku pertama 2025, menjadikannya jenama EV nombor satu di negara ini.

  

Empat Lokasi Baharu Seluruh Negara

Cawangan-cawangan baharu yang telah dibuka secara rasmi adalah:

  • DENZA Old Klang Road oleh Sime Motors, Kuala Lumpur

  • DENZA KL North oleh Millennium Autobeyond, Jalan Kuching, Kuala Lumpur

  • DENZA Balakong oleh Wing Hin Elegant, Selangor

  • DENZA Melaka oleh SKK Motors, Malim Jaya, Melaka

Pelancaran keempat-empat cawangan ini dilakukan serentak melalui acara livestream, menjadikannya momen penting dalam sejarah perkembangan DENZA di Malaysia.

Setiap lokasi bakal berfungsi sebagai pusat pengalaman premium yang lengkap dengan kemudahan jualan dan selepas jualan, pameran kenderaan, ujian pandu, serta ruang gaya hidup untuk pelanggan.

Fokus Jangka Panjang

Melangkah ke hadapan, DENZA berhasrat untuk memperluas lagi rangkaian pengedarnya dan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi tempatan serta komuniti dalam meningkatkan akses kepada kenderaan elektrik premium.

Selain penawaran produk dan perkhidmatan, DENZA turut memberi tumpuan kepada usaha mendidik dan membina keyakinan pengguna terhadap peralihan kepada mobiliti elektrik.

Dengan kombinasi teknologi canggih, reka bentuk elegan dan perkhidmatan terbaik, DENZA meletakkan visi untuk menjadi peneraju dalam mobiliti lestari premium di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai DENZA dan model DENZA D9, layari www.denza.com/my.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD