MINI Malaysia, telah melancarkan 3 model John Cooper Works (JCW) baharu serta MINI Cooper Convertible ke dalam pasaran Malaysia. Berikut adalah harga jualan penuh semua model (on-the-road tanpa insurans):
The New Mini JCW : RM318,888 + RM12,100 (Extended Warranty & Service Package)
The First Ever All-Electric Mini JCW : RM218,888 + RM6,300 (Extended Warranty & Service Package)
The First Ever All-Electric Mini JCW Aceman : RM233,888 + RM7,300 (Extended Warranty & Service Package)
Mini Cooper Convertible : RM318,888 + RM10,400 (Extended Warranty & Service Package)
Menurut Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, model JCW elektrik kini diperkenalkan untuk memberi lebih ramai peluang merasai pengalaman pemanduan yang menyeronokkan. Pada masa sama, MINI Cooper Convertible yang baharu terus mengekalkan semangat pemanduan bumbung terbuka MINI.

Dari segi reka bentuk, model JCW menampilkan gaya sporty dengan gril berwarna hitam, elemen merah, dan rim bersaiz besar. Bahagian dalam pula menggabungkan gaya perlumbaan dengan teknologi moden seperti tempat duduk sporty dengan jahitan merah dan paparan digital. Model elektrik turut dilengkapi ciri keselesaan tambahan seperti tempat duduk dengan fungsi memori dan pencahayaan panoramik.

Model MINI JCW petrol menggunakan enjin 2.0-liter yang menghasilkan 231 HP dan 380 Nm tork, memecut dari 0-100 km/j dalam 6.1 saat. Manakala model elektrik menawarkan sehingga 258 HP dan boleh mencapai 100 km/j dalam kurang 6 saat, dengan jarak perjalanan sehingga 371 km bagi sekali cas penuh. Pengecasan pantas membolehkan bateri dicas dari 10% ke 80% dalam hanya 30 minit menggunakan pengecas DC.

MINI Cooper Convertible pula menampilkan reka bentuk klasik, bumbung lembut automatik sepenuhnya, dan saiz kompak yang sesuai untuk pemanduan bandar. Bahagian dalamannya bergaya minimalis dengan bahan premium serta teknologi pintar seperti paparan head-up dan skrin sentuh. Bumbung boleh dibuka dalam 18 saat walaupun ketika memandu pada kelajuan hingga 30 km/j.

Semua model dilengkapi sistem bantuan pemandu terkini dan boleh diakses melalui Aplikasi MINI untuk fungsi jarak jauh seperti menghidupkan enjin, menjejak perjalanan, dan mengurus pengecasan. Pakej tambahan turut ditawarkan untuk hiburan, navigasi, dan sambungan digital yang lebih luas.
Setiap model disertakan dengan program Bantuan Tepi Jalan MINI selama 5 tahun. Model elektrik turut dilindungi jaminan bateri selama 8 tahun. Melalui pembiayaan oleh BMW Group Financial Services, pembeli boleh memiliki kereta ini dengan bayaran bulanan serendah RM2,263, bergantung pada model dan pelan kewangan yang dipilih.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?