NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Toyota GR Yaris 8AT 2025 Kini di Malaysia – Berharga RM325,600

Toyota GR Yaris 8AT 2025 Kini di Malaysia – Berharga RM325,600

UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah memperkenalkan GR Yaris 2025 ke dalam pasaran Malaysia dalam versi transmisi automatik pada harga RM325,600, RM10,000 lebih mahal berbanding versi manual yang telah diperkenalkan pada Januari lalu.

Versi kali ini dilengkapi dengan enjin G16E-GTS 1.6 liter tiga-silinder sebaris turbocas petrol yang mampu menghasilkan 300 PS dan 400 Nm tork, dipadankan bersama transmisi automatik 8-kelajuan untuk pengalaman pemanduan yang mengasyikkan. Pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.2 saat, dengan kelajuan maksimum mencapai 230 km/j.

Model ini bukan sekadar model dengan kotak gear baharu, ia juga dilengkapi dengan Launch Control, satu ciri yang membantu kereta bergerak lebih lancar dan laju dari keadaan pegun dengan mengawal kuasa enjin dan cengkaman. Ini menjadikan pecutan lebih cekap, terutamanya semasa pemanduan sporty atau di litar.

Seperti semua model GR yang lain, keselamatan tetap menjadi keutamaan. GR Yaris Automatik dilengkapi dengan Toyota Safety Sense 3.0, termasuk sistem Pre-Collision yang ditambah baik, Radar Cruise Control Systems, Lane Tracing Assist, dan mod “Expert” untuk pemandu berpengalaman yang mahukan lebih kawalan tanpa mematikan sistem keselamatan sepenuhnya.

Empat warna telah ditawarkan iaitu Platinum White Mica, Emotional Red II, Precious Metal dan Precious Black dengan harga bermula dari RM325,600. Pemilik akan menerima jaminan 5 tahun, tanpa had perbatuan.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy