passionately driven

Malaysia, Jepun Perkukuh Kerjasama Ekonomi dalam Bidang AI dan Automotif

Malaysia, Jepun Perkukuh Kerjasama Ekonomi dalam Bidang AI dan Automotif

Tengku Zafrul (kiri) memaklumkan bahawa dalam pertemuan dua hala bersama Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Yoji Muto semalam.

Malaysia dan Jepun sedang memperluas hubungan kerjasama ekonomi mereka dengan memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) serta hala tuju industri automotif, terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi global masa kini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, memaklumkan bahawa dalam pertemuan dua hala bersama Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Yoji Muto semalam, kedua-dua pihak telah berbincang dan bertukar pandangan mengenai langkah-langkah terbaik untuk menangani cabaran ekonomi global.

“Malaysia dan Jepun harus berganding bahu dalam mencari jalan penyelesaian yang adil dan berkesan. Melalui perkongsian kepakaran serta sumber yang dimiliki, kita mampu merangsang pertumbuhan dan mempercepat inovasi,” katanya menerusi satu kenyataan di platform X hari ini.

Pertemuan yang berlangsung selama satu jam itu turut menyentuh isu-isu berkaitan ketegangan dalam perdagangan global yang memberi kesan kepada ekonomi dunia.

Sumber: Astro Awani

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD