Audi Q7 S Line Mild-Hybrid SUV Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia; Harga Bermula RM459,990

Audi Q7 S Line Mild-Hybrid SUV secara rasmi membuat kemunculan sulung tempatan hari ini sempena Malaysia Autoshow 2025. Menariknya, model ini merupakan SUV Audi pertama yang dipasang secara tempatan di kilang pemasangan Volkswagen Group Malaysia yang terletak di Pekan, Pahang — satu-satunya fasiliti pengeluaran Audi di rantau Asia Tenggara.

Audi Q7 S Line dikuasakan oleh enjin 3.0-liter TFSI V6 yang mampu menghasilkan 340 PS dan tork maksimum 500 Nm. Ia dipadankan dengan sistem mild-hybrid 48V (MHEV) yang meningkatkan kecekapan bahan api serta prestasi keseluruhan. Gabungan ini membolehkan SUV ini memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 5.6 saat, dengan kuasa disalurkan melalui transmisi Tiptronic 8-kelajuan dan sistem pacuan semua roda quattro yang terkenal dari Audi.

Bahagian luar Audi Q7 tampil garang dengan rekaan bampar dan skirt yang ditingkatkan, manakala pakej tambahan Black Styling Package menawarkan elemen kemasan hitam untuk penampilan yang lebih agresif. Ia turut dilengkapi roda Audi Sport bersaiz 22 inci, lampu utama HD Matrix LED dengan Audi Laser Light, serta lampu belakang digital OLED.

Rekaan S Line diteruskan ke ruang dalaman dengan tempat duduk Sport Seat Plus berbalut kulit Valcona, stereng bawah rata, sistem pencahayaan ambien dengan pilihan 30 warna, serta susun atur kabin tiga baris yang luas dan selesa.

Antara ciri yang melengkapkan pengalaman pemanduan termasuk pintu dengan sistem power latching, kawalan suhu 4 zon, pengecas tanpa wayar, serta sistem audio premium Bang & Olufsen 3D dengan 19 pembesar suara. Dari segi keselamatan, Q7 hadir bersama sistem Audi Pre Sense, Lane Departure Warning, Rear Cross Traffic Assist, dan Head-Up Display untuk membantu pemanduan lebih selamat.

Audi Q7 S Line mild-hybrid ditawarkan pada harga bermula RM459,990 (atas jalan, tanpa insurans), termasuk waranti standard selama dua tahun dengan perbatuan tanpa had. Pelanggan juga boleh memilih untuk menambah Audi Assurance Package, yang akan menaikkan harga kepada RM482,422 dengan perlindungan tambahan menyeluruh.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD