Jetour VT9 Dilancarkan di Malaysia – SUV 7-Tempat Duduk, 2 Varian, Harga Bermula RM119k

Jetour Malaysia telah melancarkan sebuah lagi SUV terbarunya, Jetour VT9, di Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS, Serdang. 2 varian ditawarkan untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM118,800 untuk varian Comfort dan RM123,800 untuk varian Prime.

Nama VT bermaksud “Venture” yang menunjukkan falsafah gabungan di antara Travel dan jenama ini, memberi maksud mencipta kenderaan untuk perjalanan yang penuh makna. Sementara itu, 9 melambangkan ruang dan keselesaan tambahan, sesuai untuk keluarga dan perjalanan jauh.

VT9 dibina atas platform kukuh dengan badan selebar 1.9 meter dan reka bentuk moden yang bergaya. Ia tampil sporty dengan rekaan depan X-Face ikonik Jetour, sistem lampu LED, dan paip ekzos berkembar. Beberapa elemen reka bentuk diinspirasikan oleh budaya tradisional Cina, seperti lampu siang gaya tanglung dan gril depan berinspirasikan bulu burung, yang menggabungkan warisan budaya dengan gaya moden.

Di bahagian dalam, VT9 menawarkan susun atur 7 tempat duduk dengan barisan kedua dan ketiga yang boleh dilipat, memberikan ruang kargo sehingga 1,680 liter. Ia dilengkapi dengan kemasan mewah seperti stereng bentuk D berbalut kulit, kemasan aluminium, dan tempat duduk beraliran udara untuk keselesaan maksimum.

Ciri utama dalamannya ialah sistem infotainmen skrin kembar LCD penuh bersaiz 10.25 inci dengan resolusi tinggi, skrin sentuh berbilang titik, sokongan Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar serta kawalan suara pintar.

VT9 turut dilengkapi pelbagai ciri menarik seperti bumbung suria panoramik 62 inci, pintu but berkuasa, pengecas pantas tanpa wayar 50W dan sistem penapisan udara CN95. Ia juga menitikberatkan keselamatan dengan enam beg udara, rangka keluli berkekuatan tinggi, kamera HD 360°, serta ciri bantuan pemandu canggih seperti Pengesan Titik Buta (BSD), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), dan Kawalan Bukit (Hill Hold & Hill Descent Control).

Kenderaan ini telah diuji secara profesional dan terbukti tahan lama selepas melalui lebih 2 juta kilometer ujian. Ia dikuasakan oleh enjin 1.5L TCI dengan transmisi 6DCT, sesuai untuk keluarga aktif dan golongan profesional.

Varian Comfort termasuk lampu utama LED automatik, kemasan merah sporty, rim aloi 19 inci, tempat duduk kulit berlubang, pencahayaan ambien dan pengecas tanpa wayar 50W.

Varian Prime pula menambah ciri seperti bumbung suria panoramik, sistem audio 6 pembesar suara, tempat duduk dengan memori, cermin pandang belakang automatik malap, serta sistem keselamatan lengkap seperti BSD, RCTA, LCW dan DOW. Kedua-dua varian ditawarkan dalam warna Star Black, Khaki White, Phantom Grey, Tech Grey, dan Aurora Green.

800 pelanggan pertama yang membuat tempahan akan menerima rebat sebanyak RM2,000. Jaminan 7 tahun/150,000 km untuk kenderaan dan 10 tahun/1 juta km untuk enjin serta 5 kali servis percuma akan diberikan kepada pemilik.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD