NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Volvo Langkah Awal Guna Google Gemini Dalam Sistem Kenderaan

Volvo Langkah Awal Guna Google Gemini Dalam Sistem Kenderaan

Gemini dijangka menggantikan Google Assistant dalam sistem kenderaan Volvo menjelang akhir 2025.

Google mengumumkan perluasan penggunaan Gemini daripada telefon pintar ke peranti lain seperti jam tangan pintar, televisyen dan juga kenderaan bermula tahun ini.

Dalam acara Google I/O baru-baru ini, Volvo diumumkan sebagai pengeluar automotif pertama yang akan mengintegrasikan teknologi Google Gemini ke dalam kenderaan mereka melalui platform Android Auto.

Teknologi ini telah dipamerkan menerusi model Volvo EX90 yang digunakan dalam sesi demonstrasi di acara tersebut.

Volvo memang tidak asing lagi dalam penggunaan sistem Android Auto apabila mereka pernah menjadi antara syarikat terawal memperkenalkannya melalui jenama sub mereka, Polestar.

Menjelang akhir tahun 2025, Google Gemini dijangka akan menggantikan peranan Google Assistant dalam sistem kenderaan Volvo.

Dengan Gemini, pemandu boleh memberikan arahan suara dalam bahasa harian untuk mengawal pelbagai fungsi kereta, membaca ringkasan mesej yang diterima, mencadangkan lokasi menarik untuk dilawati lengkap dengan panduan arah, serta membantu mengingati lokasi parkir kereta.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy