MINI Malaysia telah menganjurkan acara MINI John Cooper Works (JCW) Track Day 2025 di Gamuda Cove dalam kalangan para media. Acara ini menampilkan model petrol dan elektrik, mencerminkan komitmen MINI terhadap teknologi dan pilihan yang pelbagai untuk peminat kereta.
Tiga model JCW baharu telah diperkenalkan dengan reka bentuk yang berani dan berprestasi tinggi. Antaranya ialah New MINI JCW yang ringan dengan kawalan tajam, serta model elektrik sulung iaitu MINI JCW Elektrik dan MINI JCW Aceman yang mengekalkan semangat JCW dengan pemanduan elektrik yang mengujakan.

Pengalaman pemanduan dipecahkan kepada dua zon iaitu JCW Drive Zone sepanjang 3.4 km untuk ujian kelajuan dan selekoh, dan JCW Track Zone yang diilhamkan dari litar Kartdromo Parma di Itali, menawarkan cabaran teknikal kepada pemandu dengan kawalan, brek, dan cengkaman di bawah tekanan tinggi.

Selain aktiviti litar, terdapat juga pameran interaktif yang memaparkan barisan penuh model JCW serta model MINI terkini. Pengunjung boleh memandu uji model seperti New MINI Convertible dan MINI Aceman Elektrik serta melihat model edisi khas seperti Track Edition dan Slick Edition dengan pelekat khas dan penutup hub terapung MINI.
MINI Malaysia turut menawarkan promosi istimewa sehingga 30 Jun 2025. Ini termasuk 10 tahun servis percuma untuk model terpilih, subsidi insurans sehingga RM3,000 dan waranti lanjutan 4 tahun untuk pembeli MINI Aceman SE dan MINI Countryman SE elektrik.
Pembeli juga akan menerima pengecas MINI Wallbox percuma serta rebat korporat sehingga 8%. Pilihan pembiayaan termasuk Easy Drive dengan rebat sehingga RM15,000 atau kadar serendah 0.88% menerusi pembiayaan Straight-Line. Pembeli MINI Countryman S ALL4 buatan tempatan akan menerima rebat tunai RM2,500.
Pakej pembiayaan Easy Drive turut disertakan dengan MINI Protection+, iaitu perlindungan menyeluruh merangkumi kemalangan, kecurian, banjir dan pelbagai faedah tambahan lain.
Akhir sekali, MINI memperkenalkan warna “Blazing Blue” sebagai warna bulan ini dan pembeli akan menerima bagasi Blazing Blue atau Loket MINI Diamond secara percuma. Warna ini hanya ditawarkan untuk tempoh terhad. Pembeli MINI Aceman SE pula akan menerima pelekat badan edisi khas dan penutup hub terapung MINI secara percuma.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?