NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

10 Benda Baru dalam Proton X50 2025 yang anda Perlu Tahu!

10 Benda Baru dalam Proton X50 2025 yang anda Perlu Tahu!

Tak boleh disangkal lagi Proton X50 adalah model kereta paling laris sepanjang 5 tahun berturut-turut sejak ia dilancarkan pada Oktober 2020 untuk kategorinya, iaitu SUV Segmen-B. Lebih 134,000 unit telah terjual dalam masa tersebut. Salah satu resipi kejayaan besar model ni ialah reka bentuk luar dan dalamannya yang moden dan sporty. Dan kali ini Proton telah keluarkan versi serba baru Proton X50 ni.

Jadi apakah perbezaan dan kemas kini baru yang kita perlu tahu dalam All-New Proton X50 2025 ni?

  1. Design muka depan: Lebih garang, grill depannya kini jauh lebih besar & ternganga luas, lampu hadapan yang direka semula dan ada 2 ‘fake air vent’ kecil di atas hood, ini semua secara keseluruhannya telah menampak gaya X50 kali ni nampak lebih garang, agresif dan lebih muda.
    _
  2. Design belakang: Paling ketara adalah lampu belakang nya kini bersambung kanan ke kiri, spoiler yang lagi sporty ala-ala ‘after market’, garnish berbentuk L di atas bumper dan masih kekalkan 4 lubang ekzos. Nampak moden dan sporty.
    _
  3. Interior Design: Ini satu bahagian paling kontroversi. Mana Gear dia? Mana ikonik aircond vent ala-ala ‘jet fighter tubine’ pada X50 lama? Pandangan peribadi saya, saya masih tak move-on dengan design dalaman X50 lama. Tapi design baru ni cantik jugak, nampak simple fresh dan premium.
    _
  4. Gear shifter dia macam Mercedes, dekat ‘signal stick’ sebelah kanan. Mungkin pada yang tak biasa rasa pelik gear dekat situ, tapi tanyalah driver Mercedes, benda ni buat korang lagi mudah memandu lagi-lagi bila nak masuk keluar parking ‘go head go stan’. Tak sangka sampai sekecil-kecil benda pun Proton upgrade untuk X50 kali ni ye.
    _
  5. Ada Wireless Apple car play dan Andoid Auto. Akhirnya, ada jugak. Bagi saya fungsi ni boleh jadi ‘deal breaker’ antara saya nak beli atau tak satu-satu kereta tu. Penting!
    _
  6. Ada 72 pilihan ambient lighting keluar dekat panel dashboard sebelah penumpang. Ini satu benda wajib la untuk kereta-kereta baru Continental & China sekarang. Cuma Jepun je, bila nak up to date?
    _
  7. Skrin yang lebih besar! Amik kau 14.6 inci skrin tu, dan proton upgrade 360 camera, sekarang tambah 180 darjah yang korang boleh tengok bahagian bawah kereta (transparent). Sebenarnya takde pun camera bawah kereta tu, ini trick camera je. Dah banyak kereta lain ada, tapi memang berguna.
    _
  8. Enjin Baru? Wow dah macam all-new generation. Betul ke enjin baru? Yes, walaupun masih keluarga enjin yang sama tapi mungkin jumlah silinder tak sama. Jeng-jeng-jeng.. Tunggu video saya esok. Sebab Horsepower dan torque juga dah lain, enjin 1.5L TGDI Turbo kali ni boleh muntahkan 181 PS dan 290Nm Tork. Dulu 255Nm sahaja.
    _
  9. Voice Recognition dalam BAHASA MELAYU! Ini baru betul kereta Malaysia. Lepas ni makcik-makcik yang tak pandai sangat English dah boleh berborak lah dengan kereta ni dalam bahasa Melayu. “Hai Proton, saya panas”. “Hai Proton Saya Lapar”.
    _
  10. Fungsi ADAS pun ada banyak benda-benda yang baru, kali ni dengan tahap 2 dengan Sistem Radar sisi Belakang (RSRS). Tapi yang ni nanti saya cerita lebih skit dalam artikel berbeza. Cuma saya nak highlightkan sekarang X50 dah ada fungsi Door Opening Warning (DOW) ye.

Sememangnya X50 kali ni layak mendapat gelaran ‘All-New’ sebab bukan sahaja banyak lagi benda-benda yang Proton upgrade dan letakkan dalam model kali ni, tapi dia punya upgrade tu dah macam ‘All-New Generation’.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD