Jaecoo Malaysia telah melancarkan Jaecoo J8, sebuah SUV premium off-road, ke dalam pasaran Malaysia. Dua varian telah ditawarkan ke dalam pasaran Malaysia iaitu 5-Tempat Duduk (2WD) yang harga bermula dari RM178,800 dan 6-Tempat Duduk (AWD) yang bermula dari RM198,800.
SUV ini berukuran 4,820 mm panjang, 1,930 mm lebar, 1,710 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,820 mm. Dari segi ruang, J8 2WD menawarkan kapasiti but 738L, manakala AWD menyediakan 200L.

Jaecoo J8 ini didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbocas empat-silinder petrol dan mampu menghasilkan 385 Nm tork manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 249 Ps. Pecutan 0 – 100 km/j dalam masa 9 saat dan mampu mencapai kelajuan maksimum pada 200 km/j.

Varian AWD mempunyai teknologi Continuous Damping Control (CDC) untuk kawalan lebih baik di jalan raya dan kawasan lasak. Ia juga mampu meredah air sehingga 450 mm, menjadikannya sesuai untuk pengembaraan off-road.

Bahagian dalaman kedua-dua model dilengkapi paparan media 12.3-inci, kamera panorama 540-darjah, serta ciri mewah yang berbeza mengikut varian.

Model 2WD dilengkapi sistem audio Sony 12 pembesar suara, 6 beg udara, ambient lighting, dan tempat duduk kulit sintetik. Sementara itu, model AWD menampilkan sistem bunyi Sony 14 pembesar suara dengan pembesar suara di bahagian kepala, 10 beg udara, pintu kuasa, sistem wangian automatik, serta NFC untuk kunci tanpa sentuhan.

Tempat duduk pemandu mempunyai fungsi pengudaraan serta dilengkapi perakam video digital (DVR) dan keupayaan parkir automatik. Tambahan pula, tempat duduk barisan hadapan dan kedua boleh dilaraskan secara elektrik serta mempunyai fungsi urutan dan tirai peneduh. Ruang dalaman dilengkapi tempat duduk kulit asli dan kemasan suede untuk sentuhan kemewahan.

Bagi pilihan warna, model 2WD tersedia dalam Carbon Crystal Black, Khaki White, dan Olive Grey, manakala model AWD menawarkan kombinasi dwi-tona bagi warna yang sama.
Waranti 7 tahun/150,000 km diberikan kepada semua pemilik. Sebagai tanda penghargaan, Jaecoo Malaysia menawarkan pakej early bird kepada pelanggan yang membuat tempahan sebelum 21 Julai ini iaitu:
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?