Zeekr Lancar Bilik Pameran Flagship di Bandar Sunway – Ruang Pameran, Pusat Servis, Pengecasan

Zeekr Lancar Bilik Pameran Flagship di Bandar Sunway – Ruang Pameran, Pusat Servis, Pengecasan

Zeekr Group, jenama kenderaan elektrik premium di bawah Geely Holding, secara rasmi telah melancarkan bilik pameran terbarunya, Zeekr Sunway, di Bandar Sunway.

Berkeluasan sebanyak 11,100 meter persegi, Zeekr Sunway ini terletak di Persiaran Lagoon, Bandar Sunway. 6 ruang pameran disediakan kepada para pelanggan untuk melihat secara dekat model-model Zeekr seperti Zeekr X, Zeekr 009 dan Zeekr 7X serta 2 ruang penghantaran istimewa kepada pelanggan yang menempah.

Selain itu, ia turut didatangkan dengan Premium Lounge di mana pelanggan boleh menunggu di ruang menunggu yang selesa semasa kenderaan mereka di pusat servis atau semasa menunggu kenderaan mereka cas. 4 pengecasan AC disediakan dengan pengecasan DC dalam perancangan pada masa akan datang.

Mereka turut mengumumkan bahawa sebanyak 600 unit telah berjaya dihantar kepada pelanggan sejak kenderaan pertama dihantar pada Disember 2024.

Zeekr Space Sunway dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 7 petang (Isnin – Sabtu) termasuk Cuti Umum manakala pusat servis dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang (Isnin – Jumaat), 9 pagi hingga 1 petang (Sabtu) dan ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD