Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat kepada Proton, hari ini telah melancarkan secara rasmi MISI 5 Tour, iaitu jelajah seluruh negara bagi memperkenalkan model kedua dalam barisan kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS.
Proton e.MAS 5, adik kepada Proton e.MAS 7, akan menjelajah ke lima wilayah utama bermula Ogos hingga Oktober 2025. Jelajah ini akan singgah di lokasi pelancongan popular serta pusat jualan e.MAS di semua 13 negeri bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia merasai sendiri pengalaman bersama model baharu ini sebelum pelancaran rasminya hujung tahun ini.
Jelajah ini akan menampilkan pelbagai aktiviti termasuk sesi penerangan, pameran statik, dan pengalaman interaktif yang menyerlahkan reka bentuk moden, ruang simpanan luas dan teknologi pintar e.MAS 5 dalam suasana kehidupan sebenar.
MISI 5 bukan sekadar pratonton produk, malah menonjolkan bagaimana e.MAS 5 boleh menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat Malaysia, sama ada untuk urusan kerja, kuliah, beli barang dapur, atau perjalanan hujung minggu. Antara ciri pintar termasuk pra-penyejukan kabin, perancangan pengecasan masa nyata, dan kebolehan pemanduan yang selesa dan selamat.
Setiap lokasi jelajah akan diserikan dengan personaliti gaya hidup berbeza dan influencer popular yang melaksanakan cabaran – dari fesyen, seni, makanan hingga pengembaraan:
Selangor & Kuala Lumpur: Karl Shafek (Fashionista) jadikan e.MAS 5 sebagai studio solek bergerak sempena KL Fashion Week.
Selatan: Johan Eskandar (Culture Lover) akan meneroka tapak warisan dan hentian mesra haiwan peliharaan dengan kecomelan kucing kesayangannya.
Utara: Soyabelacan (Foodie) akan memasak dan menghidang juadah istimewa terus dari ruang simpanan hadapan kereta e.MAS 5.
Pantai Timur: Zameer Pentbrush (Creative Nomad) jadikan e.MAS 5 sebagai kanvas bergerak untuk seni mural.
Malaysia Timur: Ain Ramli (Thrillseeker) akan menguji had melalui siaran langsung bertemakan genre seram yang bakal mencatat rekod, dengan sokongan teknologi canggih e.MAS 5.
Berikut adalah tarikh dan lokasi yang telah dijadualkan:

Jelajah ini akan bermula di Lembah Klang pada 15 Ogos, dengan penampilan e.MAS 5 di beberapa lokasi ikonik seperti Batu Caves, Masjid Putra, Pasar Seni, KLCC dan Jambatan Saloma.

Jangan lepaskan info terkini tentang Jelajah MISI 5! Ikuti saluran rasmi media sosial Proton e.MAS untuk kemas kini lokasi, sorotan belakang tabir, serta detik-detik menarik bersama influencer kegemaran anda sepanjang tour merentasi seluruh Malaysia.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?