Dalam tempoh 5 hari selepas Proton X50 Serba Baharu dilancarkan, sebanyak 999 unit telah dihantar kepada pembeli di seluruh negara yang membuat tempahan sebelum harga diumumkan. Menjelang akhir Julai, sebanyak 2,000 unit telah siap dihasilkan bagi memastikan momentum jualan terus kekal kuat dalam minggu dan bulan seterusnya.
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Zhang Qiang, pelancaran ini dirancang dengan teliti dan disertakan pelbagai aktiviti promosi bagi menarik perhatian orang ramai. Hasilnya, Proton berjaya mengumpul 5,000 tempahan hanya dalam 10 hari walaupun harga belum diumumkan. Secara keseluruhan, 8,000 tempahan telah diterima menjelang akhir Julai.
Untuk mengurangkan tempoh menunggu, Proton juga telah menyediakan stok sebelum pelancaran. Sehingga 31 Julai, sebanyak 2,000 unit telah dikeluarkan dari kilang di Tanjong Malim dan pengeluaran akan terus dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Sejak diperkenalkan pada Oktober 2020, X50 telah menjadi SUV segmen-B paling laris di Malaysia dengan lebih 140,000 unit terjual. Versi terbaharu ini pula disasarkan kepada golongan muda.
Sedikit recap, X50 baharu hadir dengan rekaan dalaman dan luaran yang dikemas kini, teknologi ADAS Tahap 2 yang ditambah baik serta sistem infotainmen baharu dengan skrin sebesar 14.6 inci. Buat pertama kali, ia juga menyokong pengecaman suara dalam Bahasa Melayu.
Model ini didatangkan dengan spesifikasi enjin turbo 1.5L i-GT baharu bersama transmisi klac berkembar 7-kelajuan, menghasilkan 181 PS dan 290 Nm tork. Pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.6 saat dan menawarkan penjimatan bahan api 4.7% lebih baik.
Harga atas jalan tanpa insurans adalah RM89,800 untuk varian Executive, RM101,800 untuk Premium dan RM113,300 untuk Flagship. Sebagai tambahan, Proton menawarkan rebat tunai sebanyak RM4,000 untuk 10,000 pembeli terawal melalui promosi Gempak! Deal.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?