NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

70mai Dash Cam 4K A800SE – Rakam Jalan Raya Dengan Kualiti TRUE 4K

70mai Dash Cam 4K A800SE – Rakam Jalan Raya Dengan Kualiti TRUE 4K

Kalau anda sedang cari dashcam yang boleh bagi rakaman jelas, walaupun pada waktu malam atau hujan lebat, 70mai A800SE ni memang patut masuk dalam wishlist. Dashcam ni bukan biasa-biasa, sebab dia datang dengan resolusi True 4K, bukan upscaled. Dashcam ni boleh buat setiap rakaman nampak tajam dan penuh detail walaupun pada waktu malam.

Rakaman Ultra HD 4K

Fungsi paling utama yang buat A800SE ni menonjol adalah rakaman 4K Ultra HD (3840×2160) 30FPS. Hasil rakaman sangat terang dan jelas, walaupun nombor plat kenderaan jauh pun masih boleh nampak kalau zoom in. Berguna sangat kalau ada kejadian tak diingini dekat jalan raya atau untuk tujuan siasatan pihak polis.

Super Night Vision 

Bila memandu pada waktu malam atau cuaca gelap, dashcam ni tetap perform. Teknologi Super Night Vision dia bantu kurangkan noise dan terang kan rakaman dalam keadaan cahaya rendah. Jadi tak perlu risau bila lalu jalan sunyi ke, lepas hujan ke, semuanya masih boleh nampak dengan jelas.

Built-in GPS

Lagi satu ciri best, dia datang dengan Built-In GPS. Maksudnya setiap rakaman disertakan dengan info lokasi dan kelajuan. Bila tengok semula rakaman, kita boleh tahu di mana dan pada kelajuan berapa kejadian itu berlaku. Kalau nak buat laporan insurans ke, info ni memang membantu sangat.

Buffered Emergency Recording

Apa beza dashcam ni dengan model biasa? A800SE ada fungsi Buffered Emergency Recording, yang rakam 3 minit sebelum dan 30 saat selepas sesuatu insiden dikesan. Maksudnya, kalau sensor dashcam kesan ada hentakan, dashcam akan mula rakam 3 minit sebelum impak berlaku dan 30 saat selepas. Fail video tersebut juga akan diasingkan dan tidak akan dipadam sampai bila-bila.

Parking Surveillance Mode

Dengan Parking Surveillance Mode (kena sambung dengan hardwire kit), dashcam akan kekal hidup walaupun enjin dah dimatikan. Kalau ada gegaran atau pergerakan dekat kereta, dashcam akan aktif dan rakam kejadian tu secara automatik. Sesuai untuk yang selalu parking dekat tempat sunyi atau overnight kat luar.

Tahan Cuaca & Suhu Ekstrem

A800SE ni pun jenis tahan lasak. Ia direka untuk tahan suhu panas dan sejuk melampau. Dari parking bawah matahari terik sampai ke kawasan sejuk berkabus, dashcam ni steady je.

Aplikasi Mudah Guna

Semua rakaman boleh terus tengok melalui aplikasi 70mai, sama ada nak simpan dalam phone atau delete. Tak perlu cabut memory card dan semua boleh diurus dari telefon je, asalkan sambung dengan WiFi dashcam tu.

Kalau dah sampai tahap nak upgrade dashcam, jangan ambil yang biasa-biasa. 70mai A800SE ni bukan setakat boleh rakam jalan raya tapi dia boleh lindung, bantu dan jadi bukti setiap detik penting di jalan raya. Dengan kualiti rakaman 4K yang sebenar, Built-in GPS, dan ciri keselamatan seperti Buffered Emergency Recording & Parking Surveillance, dashcam ni memang lengkap untuk pemandu yang ambil berat pasal keselamatan.

Bila pakai A800SE, bukan saja rasa lebih yakin atas jalan, tapi kalau apa-apa jadi pun, bukti sentiasa di tangan. Senang cerita, ini bukan sekadar dashcam tapi ini adalah pelindung digital atas jalan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    Related

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD