NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lotus Perkenal Varian Baharu Emeya di Malaysia – Emeya 600, Harga Bermula RM459,000

Lotus Perkenal Varian Baharu Emeya di Malaysia – Emeya 600, Harga Bermula RM459,000

Lotus Cars Malaysia, di bawah Karrus Automotive Group, mengumumkan perluasan barisan model Lotus Emeya dengan pengenalan varian baharu bermula pada harga RM459,000.

Barisan baharu menampilkan dua nama varian mengikut kuasa output iaitu Emeya 600 dan Emeya 900 dengan pilihan pakej kelengkapan yang jelas, sama ada lebih sporty atau lebih mewah berteknologi tinggi.

Emeya 600 dikuasakan dengan motor berkembar berkuasa 603 HP, sistem pacuan semua roda, bateri 102 kWj, suspensi udara adaptif dengan Continuous Damping Control, sistem audio KEF Premium 15 pembesar suara, dan paparan HUD 29 inci.

Varian GT SE dan Sport SE menambah ciri seperti roda aloi 21 inci, bumbung kaca pintar, spoiler belakang aktif, serta tempat duduk hadapan dengan fungsi urut dan penyejukan.

Sementara itu, Emeya 900 menawarkan kuasa 905 HP dengan transmisi dua kelajuan, pakej pengendalian dinamik Lotus, serta pilihan pakej karbon luaran dan dalaman.

Kesemua varian menawarkan pecutan 0–100 km/j hanya dalam 2.78 saat, dengan jarak pemanduan melebihi 580km (untuk 600 Series).

Tempahan kini dibuka di bilik pameran Lotus Cars Malaysia di Glenmarie, Pavilion Damansara Heights, dan Pulau Pinang, dengan penghantaran pertama dijangka bermula September 2025.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD