Volkswagen Group Malaysia (VGM) mengumumkan kerjasama rasmi dengan PKT Logistics (M) Sdn. Bhd. bagi meningkatkan lagi keberkesanan operasi logistik masuk dan keluar syarikat, sekali gus menyokong usaha Malaysia untuk muncul sebagai hab logistik serantau.
Majlis menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Perkhidmatan Pengangkutan dan Logistik telah berlangsung pada 5 Ogos 2025 di The Ship Campus, Batu Kawan, Pulau Pinang.
Pengarah Urusan VGM, Dr. Susanne Lehmann berkata, kerjasama ini bukan sekadar perjanjian kontrak tetapi juga satu pencapaian penting dalam perjalanan strategik syarikat. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKT, Dato’ Seri (Dr.) Michael Tio menegaskan pengalaman luas PKT dalam logistik automotif serta komitmennya terhadap kelestarian dan amalan berteraskan ESG menjadikan mereka rakan strategik terbaik untuk VGM.
Gabungan ini sejajar dengan perubahan industri logistik yang menekankan aspek kecekapan, ketelusan, proaktif, dan pengalaman pelanggan. Selain memperkukuh rantaian bekalan VGM, kerjasama ini juga akan menyumbang kepada sasaran negara untuk menjadi hab logistik serantau.
PKT turut dikenali sebagai perintis logistik hijau di Malaysia, dengan membangunkan gudang pertama yang memperoleh pensijilan Gold daripada Green Building Index (GBI).
Syarikat ini juga giat memacu inisiatif mesra alam, program CSR serta kemudahan infrastruktur cekap tenaga. Melalui Peninsula College di The Ship Campus, PKT turut menghubungkan pendidikan dengan industri melalui program latihan praktikal, selain menyediakan biasiswa menerusi Yayasan PKT bagi melahirkan bakat baharu.
Volkswagen Group, sebagai pengeluar kenderaan terkemuka dunia, menghasilkan lebih 9 juta kenderaan setiap tahun dari 115 kilang di seluruh dunia. Di Malaysia, lima jenama berada di pasaran iaitu Volkswagen, Audi, Porsche, Scania dan MAN.
VGM kini dalam perancangan untuk memulakan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) tempatan, selain projek eksport ke negara ASEAN yang dijadual bermula pada 2026.
Sejak ditubuhkan pada 2005, VGM terus memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara melalui pengenalan teknologi automotif terkini, peningkatan kemahiran tenaga kerja tempatan dan pengeluaran kenderaan berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan serantau.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?