ETS3 Ke Johor Bahru Bakal Dilancarkan Disember 2025

Johor Bahru dijangka bakal menerima perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurut beliau, projek tersebut kini berada di peringkat penamat selepas keseluruhan kerja pembinaan landasan siap dilaksanakan.

“Sekarang hanya tertumpu pada pemasangan sistem semboyan. Bahagian fizikal infrastruktur sudah pun siap sepenuhnya,” jelasnya ketika ditemui media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini.

Anthony Loke sebelum ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa projek ETS3 mengalami kelewatan, sebaliknya menegaskan ia berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Perkhidmatan ETS3 akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan laluan ke Segamat sebagai fasa pertama. Fasa kedua pula akan menghubungkan Kluang pada 30 Ogos ini, sebelum melengkapkan fasa terakhir ke Johor Bahru Sentral.

Pada Sabtu lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut berangkat merasmikan perkhidmatan ETS3 bagi laluan selatan di Stesen Kuala Lumpur.

Sumber: Bernama

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD