NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lubang Benam 15 Meter: Jalan Gua Musang–Lojing Ditutup Hingga Notis Lanjut

Lubang Benam 15 Meter: Jalan Gua Musang–Lojing Ditutup Hingga Notis Lanjut

Jalan Gua Musang–Lojing di Kilometer 78 ditutup sepenuhnya bermula hari ini sehingga dimaklumkan kelak berikutan kejadian lubang benam di kawasan tersebut.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan memaklumkan, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Gua Musang ke Sungai Koyan, Pahang melalui Ringlet, Tapah dan Ipoh, Perak.

Menurut Pengarah JKR Kelantan, Nik Soh Yaacoub, lubang benam berukuran 0.1 meter dalam dan 15 meter panjang itu berlaku berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke. Kejadian dikesan pada 12 September lalu dipercayai berpunca daripada aliran air bawah tanah serta hakisan di tepi pembetung, ditambah pula dengan hujan lebat berterusan yang meningkatkan risiko mendapan.

JKR memaklumkan pihaknya sentiasa memantau keadaan di lokasi berkenaan dan telah melaksanakan pelan pengurusan trafik bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya. – Astro Awani

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy