NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Honda CR-V e:HEV RS – Gabungan Gaya, Kuasa dan Teknologi Pintar

Honda CR-V e:HEV RS – Gabungan Gaya, Kuasa dan Teknologi Pintar

Sejak pelancaran rasminya pada Disember 2023, Honda CR-V merupakan model SUV Honda di Malaysia yang masih popular dalam kalangan kategori SUV Segmen-C. Rekaannya yang moden, prestasi enjin yang berkuasa, dan teknologi pintar semestinya membantu memberikan pengalaman pemanduan yang lebih fun dan selesa untuk pemilik.

4 varian telah ditawarkan iaitu dengan pilihan enjin petrol 1.5 liter (S,E,V) pada harga bermula RM159,900 dan juga pilihan enjin hybrid 2.0 liter (e:HEV RS) pada harga bermula RM195,900.

Kita semua tahu Honda adalah pakar dalam teknologi hybridnya dan sering mendapat angka jualan yang tinggi untuk varian e:HEV RS. Mari kita kupas dengan lebih mendalam tentang Honda CR-V e:HEV RS. 

Dikuasakan oleh enjin 2.0L Atkinson-cycle DOHC i-VTEC bersama sistem hibrid e:HEV, model ini menghasilkan kuasa gabungan sehingga 184 PS dan 335 Nm tork, memberikan pecutan responsif dengan penggunaan bahan api yang efisien sekitar 5.0L/100km.

Dari segi penampilan, CR-V e:HEV RS menampilkan rekaan sporty dengan gril aktif, lampu LED bahagian hadapan, rim 18 inci Berlina Black, serta garis badan yang kemas dan moden.

Ruang kabin pula direka untuk keselesaan maksimum dengan tempat duduk kerusi penumpang hadapan boleh dilaras secara elektrik dalam empat arah, kerusi baris kedua yang boleh dibaringkan, kemasan premium, dan ruang but sehingga 589 liter yang dilengkapi pintu tailgate berkuasa dengan fungsi hands-free.

Antara tarikan utama SUV ini adalah tiga ciri teknologi yang benar-benar mengubah pengalaman pemanduan anda. Kamera 360° memberikan pandangan menyeluruh di sekeliling kenderaan, memudahkan ketika parkir atau melalui laluan sempit.

Sistem audio BOSE dengan 12 pembesar suara premium pula menghadirkan pengalaman audio bertaraf konsert di dalam kereta, dan tidak dilupakan Head-Up Display (HUD) memaparkan maklumat penting seperti kelajuan dan navigasi terus pada cermin hadapan, membolehkan pemandu kekal fokus di jalan raya.

Keselamatan juga menjadi keutamaan dengan pakej Honda SENSING yang merangkumi pelbagai fungsi bantuan pemandu, termasuk Adaptive Cruise Control, Low Speed Follow, Lane Keep Assist, Collision Mitigation Braking System dan Lane Departure Warning.

Sistem Honda CONNECT turut ditawarkan untuk memantau dan mengawal beberapa fungsi kenderaan melalui aplikasi mudah alih seperti memanaskan enjin dari jarak jauh, jarak gerak kereta harian, service reminder dan lihat lokasi kereta anda secara maya. 

Kesimpulannya, Honda CR-V e:HEV RS bukan sekadar sebuah SUV bergaya, ia adalah pakej lengkap yang menawarkan gabungan kuasa hibrid, kemudahan moden, dan teknologi canggih, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang mahukan pemanduan selesa, selamat, dan mengasyikkan untuk seisi keluarga.

Layari laman web rasmi Honda Malaysia di https://www.honda.com.my/model/crv dan tempah sesi pandu uji sekarang!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD