Sepasang suami isteri cedera selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta yang melanggar lampu merah.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku di Persiaran Kemajuan sekitar jam 11.20 pagi, tiga hari lalu.
“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta dari arah bertentangan melanggar lampu isyarat merah sebelum membelok masuk ke laluan motosikal mangsa.
“Mangsa kemudian terjatuh dari motosikal dan dirempuh pula sebuah Perodua Myvi yang datang dari arah sama,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Pasangan berusia 26 tahun itu telah dihantar ke Hospital Pakar Sungai Long dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.
Siasatan awal mendapati pemandu Honda berusia 59 tahun yang melanggar pasangan tersebut mendakwa keliru dengan lampu isyarat.
“Dia menyangka lampu isyarat untuk laluan terus dan belok kanan kedua-duanya hijau,” jelas Naazron.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara cuai dan tidak bertimbang rasa, yang boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum 12 bulan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden diminta menghubungi Sarjan Nur Izzatul Aira Ariffin di talian 017-2737696. – New Straits Times
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?