Malaysia merekodkan 73.8 juta pelawat domestik pada suku kedua 2025, meningkat 7.8% berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. Jumlah itu juga naik 5.8% berbanding suku pertama tahun ini.
Dalam tempoh tersebut, 27.4 juta pelancong domestik direkodkan, meningkat 4.2% berbanding suku pertama 2024. Perbelanjaan pelancongan domestik pula berjumlah RM29.2 bilion, naik 3.8% tahun ke tahun, namun sedikit menurun 0.6% berbanding suku sebelumnya.
Untuk tahun 2024, Selangor kekal sebagai negeri paling ramai pelawat domestik dengan 34.5 juta, diikuti Kuala Lumpur (27 juta) dan Perak (21.8 juta). Perak turut mencatat lonjakan ketibaan pelancong sebanyak 36.1% kepada 10.2 juta orang.
Dari segi hasil, Selangor merekodkan RM14.2 bilion, diikuti Kuala Lumpur (RM14.1 bilion). Pahang (RM8.7 bilion) dan Sabah (RM8.6 bilion) juga menunjukkan pertumbuhan kukuh.
Membeli-belah kekal penyumbang utama hasil pelancongan dengan RM39.9 bilion, didahului Kuala Lumpur (RM6.8 bilion), Selangor (RM6.1 bilion) dan Sarawak (RM3.2 bilion). Sementara itu, makanan dan minuman menyumbang RM17.3 bilion, dengan Selangor (RM2.2 bilion) sebagai penyumbang terbesar.
Jabatan Perangkaan menegaskan peningkatan hasil pelancongan di semua negeri menunjukkan permintaan berterusan, terutama untuk aktiviti membeli-belah serta makanan dan minuman.
Sumber: TheStar
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?