NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Agoda Dedah Trend Bercuti Solo Semakin Popular Dalam Kalangan Pengembara Korea Selatan

Agoda Dedah Trend Bercuti Solo Semakin Popular Dalam Kalangan Pengembara Korea Selatan

SEOUL – Walaupun percutian bersama keluarga, rakan-rakan, atau insan tersayang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, kini semakin ramai rakyat Korea Selatan yang memilih untuk mengembara secara sendirian.

Aktiviti percutian secara solo ini menawarkan kebebasan untuk meneroka destinasi mengikut rentak sendiri.

Pada masa yang sama, ia memberikan peluang kepada pengembara untuk berehat dan menenangkan fikiran tanpa perlu melayan kerenah atau mengikut keutamaan orang lain.

Mencerminkan peralihan trend ini, data terbaharu daripada platform pelancongan digital, Agoda, mendedahkan bahawa minat terhadap percutian solo dalam kalangan rakyat Korea Selatan telah meningkat sebanyak 9% berbanding tahun lepas. 

Carian untuk tempat penginapan domestik mencatatkan peningkatan sebanyak 7%, manakala carian bagi percutian ke luar negara melonjak sehingga 11%.

Berdasarkan carian tempat penginapan yang dibuat oleh pengembara solo Korea Selatan sepanjang lima bulan pertama tahun ini, Seoul muncul sebagai destinasi domestik yang paling mendapat permintaan tinggi. 

Seterusnya, Jeju, Busan, Incheon, dan Gangneung melengkapkan senarai 5 kedudukan teratas.

Inisiatif Kerajaan Tempatan Cetus Minat Percutian Solo Domestik

Di antara destinasi-destinasi tersebut, Gangneung terus menarik perhatian para pengembara yang mencari percutian menenangkan di tepi laut.

Terletak hanya dua jam perjalanan dari Seoul dengan menaiki kereta api laju KTX (Korea Train eXpress), kota pesisir pantai ini menawarkan pelbagai pengalaman menarik. 

Ini merangkumi keindahan pantai, kompleks gaya hidup, kafe serta restoran yang tumpuan ramai, hinggalah ke kawasan swafoto yang menarik.

Bagi menyambut kedatangan pelawat solo yang semakin bertambah, banyak kedai makan tempatan kini menyediakan pilihan hidangan untuk porsi satu orang. 

Inisiatif ini sekali gus memudahkan para pengembara untuk menikmati kepelbagaian makanan terkenal di wilayah berkenaan.

Dalam pada itu, Donghae merekodkan pertumbuhan paling pantas dalam kalangan destinasi domestik. 

Jumlah carian tempat penginapan oleh pengembara solo ke bandar tersebut meningkat sebanyak 28% berbanding tahun sebelumnya.

Usaha berterusan bandar tersebut dalam menambah baik pengalaman pelawat solo serta mempromosikan pelancongan wilayah, termasuklah pengenalan “Program Pensijilan Perniagaan Mesra Pengembara Solo” yang dipercayai menjadi faktor utama di sebalik peningkatan minat ini.

Jepun Kekal Destinasi Luar Negara Kegemaran; Jakarta Muncul Sebagai Bintang Baharu

Beralih ke destinasi luar negara pula, Jepun dilihat menguasai carta kedudukan teratas.

Tokyo menduduki tangga pertama, diikuti oleh Osaka dan Fukuoka sebagai lokasi pilihan utama dalam kalangan pengembara solo Korea Selatan.

Faktor jarak yang dekat dengan Korea Selatan, tahap keselamatan yang tinggi, serta rangkaian pengangkutan awam yang cekap menjadikan bandar-bandar ini sangat menarik bagi mereka yang mengembara sendirian. 

Selain itu, pengembara solo juga berminat untuk ke Asia Tenggara, dengan menyaksikan Jakarta dan Da Nang melengkapkan senarai lima destinasi terbaik.

Jakarta tampil menonjol dengan lonjakan minat paling tinggi, apabila merekodkan peningkatan carian tempat penginapan melebihi 30 kali ganda.

Ibu negara Indonesia itu mula mendapat perhatian ramai ekoran pelancaran laluan penerbangan baharu pada bulan April lalu yang disertakan dengan tambang promosi khas. Selain itu, kota tersebut juga menjadi tumpuan kerana sering menjadi lokasi penganjuran pelbagai konsert serta sesi pertemuan peminat artis K-pop.

Barisan artis popular seperti ATEEZ, aespa, EXO, dan NCT WISH adalah antara yang telah mengadakan konsert di Jakarta pada separuh pertama tahun ini. 

Tambahan pula, Jakarta semakin dikenali kerana menawarkan pelbagai tarikan menarik pada harga yang berpatutan kesan daripada kejatuhan nilai mata wang rupiah. 

Tarikan ini termasuklah tapak bersejarah, aktiviti jelajah pulau ke pulau, lubuk beli-belah, serta makanan tempatan.

Mengenai tempoh masa percutian pilihan, Mac muncul sebagai bulan paling popular untuk mengembara secara solo sepanjang lima bulan pertama tahun ini, diikuti oleh Januari, April, Februari, dan Mei.

Populariti bulan Mac ini berkait rapat dengan kedatangan musim bunga. 

Faktor cuaca yang nyaman, bunga-bunga yang mula mekar, serta penganjuran pelbagai festival dan acara kebudayaan mewujudkan suasana yang sangat ideal untuk pelancongan domestik mahupun antarabangsa.

Alex Park, Pengarah Negara Agoda bagi Korea Selatan berkongsi: “Semakin ramai pengembara menunjukkan minat terhadap percutian solo kerana tertarik dengan kemudahan, fleksibiliti, dan peluang untuk berehat mengikut kehendak sendiri.

Laporan Tinjauan Pelancongan Agoda 2026 turut mendapati bahawa hampir satu daripada empat responden merancang untuk bercuti secara solo pada tahun ini.

Agoda sentiasa komited untuk menyokong semua jenis pengembara, termasuk pengembara solo, dengan menawarkan nilai terbaik bagi tempahan tiket penerbangan, penginapan, dan aktiviti. 

Langkah ini membantu mereka merasai lebih banyak pengalaman dengan kos yang lebih jimat.”

Melalui penyediaan lebih 130,000 laluan penerbangan, lebih 6 juta hartanah percutian, serta lebih 300,000 aktiviti, Agoda memastikan pengembara solo dapat menggabungkan tempahan mereka dengan mudah dalam satu platform yang praktikal sepanjang perjalanan mereka.

Dapatkan tawaran terbaik menerusi aplikasi mudah alih Agoda dan layari Agoda.com untuk merancang percutian musim panas yang sempurna.

Sumber: PR Newswire

Izzah Amirah

Izzah Amirah adalah Penerbit Kandungan Gaya Hidup & Kembara yang juga bertindak sebagai 'enjin kreatif' di sebalik siri mega TERPALING TRAVEL. Beliau bertanggungjawab menterjemahkan pengalaman kembara global kepada penceritaan digital dan kewartawanan gaya hidup yang eksklusif buat pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy