Bukan sekadar jalan-jalan di pantai atau menikmati makanan tempatan, Aloft by Marriott Langkawi Pantai Tengah bakal membawa suasana Merdeka dengan gabungan makanan, muzik, seni dan elemen warisan Malaysia sepanjang bulan Ogos dan September 2026.
Daripada afternoon tea bertemakan Bunga Raya, bufet dengan lebih 100 hidangan, sehinggalah countdown party dengan persembahan live band, memang banyak aktiviti yang boleh dipilih mengikut mood percutian anda.

Nak sambut Merdeka dengan suasana yang lebih santai?
Aloft Langkawi menawarkan Majestic Bunga Raya Afternoon Tea yang berlangsung setiap Rabu hingga Sabtu, dari jam 2 petang hingga 5 petang di W XYZ Bar sepanjang Ogos dan September 2026.
Dengan harga RM98 untuk dua orang, afternoon tea ini mengetengahkan pelbagai hidangan yang diinspirasikan daripada cita rasa Malaysia.
Antara yang boleh dicuba termasuk Pandan Gula Melaka Sago Cake, Teh Tarik Layer Cake, Smoked Salmon serta Garlic and Herb Cream Cheese Cucumber, selain pilihan manisan dan hidangan savoury lain.
Yang menarik, pakej ini turut disertakan dengan Dua Minuman “W XYZ On Tour”.
Anda boleh pilih antara mocktail berinspirasikan Malaysia “Pour Some Milo on Me” atau cocktail “Kopi Me Softly”.
Bukan makan sahaja.
Pengunjung juga boleh menyertai aktiviti melukis batik, jadi pengalaman ini menggabungkan makanan dan seni dalam satu sesi.

Kalau afternoon tea tak cukup untuk mengisi perut, Nook pula menyediakan sesuatu yang lebih berat.
The Ultimate Merdeka Chow Down Buffet akan berlangsung pada 30 Ogos 2026, dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam.
Apa yang menarik?
Lebih daripada 100 hidangan tempatan dan antarabangsa akan disediakan, termasuk makanan laut premium, live cooking stations dan pelbagai pilihan pencuci mulut.
Harga pula bermula daripada:
Untuk yang ada keahlian Marriott Bonvoy atau merupakan warga Langkawi, ada diskaun 20%.
Manakala pemegang kad kredit Maybank dan Affin Bank pula boleh menikmati 15% diskaun untuk hidangan dewasa.
Cuma kena ingat, promosi tersebut tidak boleh digabungkan dengan promosi lain.

Lepas kenyang makan, jangan terus balik.
Aloft Langkawi turut menganjurkan Live@Aloft: Merdeka Eve Countdown pada malam 30 Ogos 2026, dari jam 9 malam hingga 12.30 tengah malam di W XYZ Bar.
Acara ini akan menampilkan persembahan live band, aktiviti interaktif, hiburan serta lite bites untuk memeriahkan suasana menjelang detik Merdeka.
Kalau anda nak terus sambung daripada buffet ke countdown, ada juga pakej khas Merdeka Buffet Dinner + Countdown Party pada harga RM166 nett seorang.
Pakej ini termasuk:
Tak nak makan buffet pun tak menjadi masalah.
Countdown Party package sahaja ditawarkan pada harga RM48 nett seorang, termasuk satu minuman serta akses kepada persembahan dan aktiviti malam tersebut.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?