passionately driven

HSR KL – Singapura Masih dalam Pertimbangan – Jarak 350 km, 8 Stesen Utama

HSR KL – Singapura Masih dalam Pertimbangan – Jarak 350 km, 8 Stesen Utama

Projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur–Singapura terus menjadi tumpuan meskipun tertangguh sejak 2020, dengan pakar industri menegaskan ia kekal penting dari segi ekonomi, integrasi serantau dan kelestarian.

Pada Persidangan HSR Asia Pasifik 2025, Pengerusi TC Chew menyifatkan perjalanan 90 minit antara dua bandar utama itu berupaya mengubah cara masyarakat bekerja, berhubung dan melancong, sekali gus memberi kesan pengganda kepada ekonomi.

Projek sepanjang 350 km itu dijangka menghubungkan lapan stesen utama termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri serta Jurong East di Singapura, dengan kelajuan operasi sehingga 320 km/j.

Selepas perjanjian asal terbatal pada 2020, Malaysia membayar pampasan lebih S$102 juta kepada Singapura. Namun, pada 2023 kedua-dua negara bersetuju menghidupkan semula projek mega ini, walaupun pembinaan dijangka hanya bermula dalam tempoh dua tahun lagi.

Setakat ini, tujuh konsortium tempatan dan antarabangsa sudah menghantar cadangan konsep, dengan tiga daripadanya disenarai pendek. Pakar percaya HSR mampu menjadi pemangkin pertumbuhan pelbagai sektor dengan meningkatkan produktiviti, menarik pelaburan serta merancakkan pergerakan bakat di sepanjang koridor ekonomi Kuala Lumpur–Johor–Singapura. – New Straits Times

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD