NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Proton e.MAS 5 Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran Mampu Milik?

Proton e.MAS 5 Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran Mampu Milik?

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) mengumumkan tempahan rasmi Proton e.MAS 5, kereta elektrik (EV) paling mampu milik Malaysia, akan bermula Sabtu, 4 Oktober 2025.

Acara pelancaran akan disiarkan secara langsung dari 8.00 malam hingga 10.30 malam di TikTok dan Facebook Proton e.MAS, menampilkan Boss James dan Norreen Iman. Penonton boleh menyaksikan demonstrasi produk, sesi bersama pakar automotif serta pengumuman harga anggaran e.MAS 5.

Proton e.MAS 5 merupakan hatchback elektrik kompak dengan ruang luas setanding segmen-C, direka khas untuk gaya hidup rakyat Malaysia.

Tempahan boleh dibuat melalui siaran langsung atau di mana-mana pengedar Proton e.MAS seluruh negara. Pelanggan awal bakal menikmati rebat khas terhad.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai siaran langsung “Open for Booking” pada Sabtu, 4 Oktober jam 8 malam di:

Tiktok: @protonemasofficial

Facebook: ProtonEMASOfficial

Azfar Zamri

Azfar Zamri merupakan antara tenaga kreatif meja editorial NAZZ&CO™ Media yang banyak menumpukan kepada pelaporan berita automotif harian. Beliau bertanggungjawab memastikan setiap informasi terkini, siaran media korporat, dan perkembangan landskap permotoran negara disampaikan dengan tepat kepada pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy