Continental Tyre Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran rasmi jenama General Tire ke dalam pasaran Malaysia. Tayar ini terkenal dengan ketahanan serta prestasi yang boleh dipercayai, direka untuk memenuhi keperluan pemandu Asia termasuk kereta penumpang, SUV, MPV dan pacuan empat roda (4×4).
General Tire mempunyai sejarah lebih 100 tahun dan sejak 1987 lagi telah menjadi sebahagian daripada keluarga Continental sebagai sub-jenama. Ia menggabungkan warisan daya tahan dengan teknologi Jerman terkini bagi menghasilkan tayar yang bukan sahaja tahan lasak tetapi juga konsisten dari segi prestasi.
Altimax GC5 – bunyi rendah, selesa dan jimat bahan api (14”-15”)

Altimax GS6 – lebih senyap, cengkaman mantap, jarak brek lebih pendek serta jangka hayat panjang (15”-19”)

Grabber AT6 – sesuai untuk laluan off-road dengan bunyi lebih senyap (16”-18”)

Grabber HT6 – prestasi brek baik di jalan basah, lebih selesa dan tahan lama (16”-20”)

Dengan pilihan saiz dari 14” hingga 20”, rangkaian ini menyasarkan pelbagai jenis kenderaan dari kereta biasa sehinggalah SUV dan trak 4×4.
Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova, berkata pelancaran ini membuka peluang besar buat pengguna tempatan.
“General Tire membawa gabungan ketahanan, prestasi dan gaya dengan nilai yang berpatutan. Kami teruja untuk memperkenalkan jenama ini kepada pemandu Malaysia yang mengutamakan keselamatan dan pengalaman pemanduan terbaik,” katanya.
General Tire bukan sekadar tayar, tetapi menekankan pengalaman pemanduan yang selesa dan penuh keyakinan untuk mereka yang gemar meneroka serta mencari pengembaraan tanpa batas.
Kini, rangkaian General Tire boleh didapati di pengedar sah Continental seluruh negara serta platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TNG eWallet.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?