passionately driven

“Kenapa Semua Pandang Aku?” – Pelancong Asing Pelik Dengan Warga Malaysia

“Kenapa Semua Pandang Aku?” – Pelancong Asing Pelik Dengan Warga Malaysia

Malaysia memang makin popular sebagai destinasi pelancongan, bukan saja untuk pelancong dari Asia, tapi juga dari seluruh dunia. Baru-baru ni, seorang lelaki dari Kenya datang bercuti secara solo ke Malaysia dan kongsi pengalaman menarik dia sepanjang berada di sini.

Katanya, Malaysia ni best gila untuk diterokai! Banyak tempat menarik, kos hidup pun tak terlalu mahal, dan yang penting — mudah nak bergerak walaupun dia datang seorang diri. Cuma satu je yang buat dia tertanya-tanya…

“Kenapa ramai orang pandang saya macam pelik?”

Katanya, masa dia berjalan-jalan, ramai warga tempatan tengok dia. Dia terfikir, adakah sebab warna kulit dia, atau mungkin ada sikit elemen stereotaip macam yang biasa dia alami di negara lain?

Menariknya, bukan dia seorang je yang perasan benda tu. Beberapa pelancong lain pun kongsi pengalaman sama — rasa pelik bila diperhatikan walaupun tak ada apa-apa interaksi.

Tapi bila warga tempatan baca kisah tu, ramai terus tampil jelaskan “bukan sebab rasis bro!”

Ramai orang Malaysia akui, mereka tengok pelancong bukan sebab prejudis, tapi sebab curious. Kadang-kadang teringin nak tanya dari mana, tapi malu nak buka mulut.

“Kadang saya pun tengok orang asing sebab nak teka dia dari mana. Tapi segan nak tanya je,” tulis seorang netizen.

Ada juga yang kata, mungkin sebab pelancong tu nampak menarik atau bergaya, sampai orang tak sengaja tertarik nak pandang.

“Jangan fikir negatif. Kadang kami pandang sebab rasa macam tengok influencer atau YouTuber luar negara datang sini,” kata seorang lagi.

Ada pula yang selamba cakap,

“Kami pandang sebab awak cantik/kacak. Simple je.”

Buktinya, ada pelancong wanita yang kongsi pengalaman, orang tempatan sampai minta nak bergambar dengan dia! Ramai percaya sebab dia memang cantik betul, bukan sebab apa-apa yang lain.

Menariknya, pelancong Kenya tu juga puji layanan rakyat Malaysia. Katanya, masa dia tanya arah nak cari susu strawberi, ada orang siap temankan sampai jumpa. Terharu betul dia dengan keramahan orang sini.

Hasilnya? Ramai rakyat Kenya yang baca perkongsian tu mula rasa teruja nak datang ke Malaysia pula lepas ni.

Sumber: VOCKET

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD