Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, mengumumkan bahawa negara itu sedang bergerak ke arah menghasilkan kereta buatan tempatan sepenuhnya dalam masa tiga tahun lagi.
“Ini belum boleh dianggap kejayaan, tapi langkah pertama sudah kita mulakan. Dalam tiga tahun, Indonesia akan ada kereta buatan sendiri,” katanya ketika Sidang Kabinet Paripurna di Istana Negara pada Isnin.
Menurut Prabowo, kerajaan sudah menyiapkan peruntukan kewangan dan lokasi kilang untuk projek tersebut. Pasukan pembangunan juga kini dalam peringkat awal persiapan bagi memastikan impian itu menjadi kenyataan.
Beliau turut mengingatkan bahawa Indonesia sebenarnya sudah berjaya menghasilkan kenderaan buatan sendiri sebelum ini — iaitu jip taktikal ringan “Maung” keluaran syarikat pertahanan tempatan, PT Pindad.
“Sekarang pegawai dan perwira kita bangga sebab tak perlu lagi guna kenderaan import. Komandan pun naik jip buatan Indonesia sendiri,” katanya.
Prabowo juga menyeru supaya semua agensi kerajaan dan tentera memperluaskan penggunaan jip Maung sebagai kenderaan rasmi.
“Tak lama lagi semua wajib guna Maung. Saya tak mahu nampak lagi kereta mewah digunakan untuk urusan rasmi — simpan untuk masa lapang saja,” ujarnya sambil berseloroh.
Sidang Kabinet kali ini turut berbeza daripada kebiasaan apabila Prabowo, Naib Presiden serta para menteri mengenakan kemeja panjang berwarna coklat, bukan putih seperti lazimnya bersempena genap setahun pentadbiran beliau.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?