Kalau anda ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ni, mungkin anda perasan sesuatu yang berbeza jika anda menggunakan aplikasi navigasi di telefon bimbit anda. Laluan yang sebelum ini dikenali ramai sebagai Lebuhraya KLIA kini nampaknya sudah diberi identiti baharu iaitu Lebuh MADANI.
Perubahan nama ini mencuri perhatian pengguna jalan raya selepas beberapa tangkapan skrin Lebuh MADANI tular di media sosial. Malah, ada juga pengguna yang mendapati nama baharu itu sudah muncul dalam aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps.

Kredit : FB Mohd Hzfer
Menurut laporan dari Warta Kerajaan Persekutuan, penukaran nama ini telah digazetkan secara rasmi oleh kerajaan, menjadikan Lebuh MADANI nama baharu bagi jalan utama yang menghubungkan Putrajaya ke KLIA.
Nama MADANI bukan asing lagi dan ia sering dikaitkan dengan konsep kemajuan, nilai masyarakat beradab dan pembangunan seimbang yang menjadi teras pentadbiran kerajaan ketika ini.
Bagi pengguna jalan raya, perubahan nama ini turut bermakna sistem navigasi, papan tanda baharu dan peta digital akan dikemaskini secara berperingkat. Jadi kalau anda memandu ke KLIA selepas ini dan melihat nama Lebuh MADANI di aplikasi navigasi anda, jangan pelik — anda sebenarnya masih berada di laluan yang sama, cuma dengan nama yang lebih segar.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?
Anonymous says:
https://lom.agc.gov.my/ilims/upload/portal/akta/outputp/3004042/PUA%20250.pdf
The road name was gazetted
Melissa Alias says:
thanks for the update!