Proton sekali lagi menjadi tumpuan apabila model yang dinanti-nantikan ramai, Proton Saga 2026, tampil buat pertama kali di hadapan tetamu antarabangsa sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di Kuala Lumpur.
Majlis bersejarah itu turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier China, Li Qiang, yang sama-sama meninjau dua model terbaharu Proton iaitu Saga 2026 dan e.MAS 5, kereta elektrik kedua Proton.

Menurut coretan PMX di akaun FB rasminya, kehadiran dua model ini bukan sekadar pelancaran biasa, tetapi simbol keakraban hubungan Malaysia dan China, terutamanya dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan industri automotif dan inovasi teknologi masa depan.
Dari segi rekaan, Saga kali ini memang nampak jauh lebih segar dan moden. Bahagian hadapan tampil dengan gril baharu dan rekaan lampu yang lebih tajam, memberikan imej lebih garang dan matang berbanding generasi sebelum ini. Elemen songket masih dikekalkan, bersama dengan logo Proton serta garisan pemisah di antara atas dan bawah.
Warna merah yang menyerlah pula menambahkan lagi aura sporty dan premium, sesuai dengan imej “kereta rakyat” yang dah dinaik taraf. Ramai yang perasan, walaupun Saga kekal sebagai model mampu milik, gaya dan finishing dia nampak lebih premium, menunjukkan Proton semakin serius nak bersaing di peringkat global.
Bahagian belakang masih belum didedahkan lagi namun, dijangka Saga 2026 akan mewarisi elemen rekaan lampu mendatar dari abangnya, Proton S70.
Walaupun belum banyak maklumat rasmi didedahkan, ramai yang dah mula tertanya-tanya — macam mana rupa bahagian dalamannya nanti? Ada teknologi baru ke? Dan yang paling penting, berapa harganya?
Setakat ini, Proton masih berahsia. Tapi kalau tengok dari gaya dan kehadirannya di pentas antarabangsa, jelas Saga kali ini bukan sekadar naik taraf kecil. Ia mungkin penanda kepada era baru untuk model paling ikonik Proton ni.
Nampaknya, ramai kena tunggu pelancaran rasminya tak lama lagi kerana kalau betul rupa luarannya dah segarang ini, bahagian dalam mungkin jauh lebih mengejutkan. Stay tuned, Proton Saga 2026!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?