Ferrari 296 Speciale Rasmi Dilancar Di Malaysia – Edisi Khas, Harga Bermula RM4.28 Juta

Ferrari 296 Speciale Rasmi Dilancar Di Malaysia – Edisi Khas, Harga Bermula RM4.28 Juta

Ital Auto Malaysia Sdn Bhd, pengimport dan pengedar eksklusif Ferrari di Malaysia, memperkenalkan model terbaharu dalam barisan siri 296 iaitu Ferrari 296 Speciale. Model dua tempat duduk ini menampilkan kemajuan teknikal dan reka bentuk yang lebih ekstrem, didatangkan dengan dua model iaitu 296 Speciale (Coupe) dan 296 Speciale Aperta (convertible), masing-masing berharga RM 4,288,888 dan RM 4,888,888 termasuk import duties (sebelum opsyen dan registration dan insurans)

Dibina berasaskan model 296 GTB dan GTS, 296 Speciale direka untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih fokus di litar tanpa mengorbankan keselesaan di jalan raya. Ia mengekalkan dimensi kompak dengan panjang kira-kira 4,565 mm dan jarak antara roda 2,600 mm, namun disemak semula bagi menambah baik aerodinamik dan keseimbangan berat.

Kuasa utamanya datang daripada enjin 3.0 liter V6 twin-turbo dengan sistem hibrid plug-in (PHEV) yang digabungkan dengan motor elektrik tunggal. Gabungan ini menghasilkan output keseluruhan sehingga 830 Hp dan 740 Nm tork. 0–100 km/j dicapai dalam masa sekitar 2.9 saat, manakala kelajuan maksimum melebihi 330 km/j.

Transmisi dwi-klac 8-kelajuan digunakan bersama sistem pacuan roda belakang, memberikan penukaran gear pantas dan respons pemanduan agresif. Berat kering kereta ini dioptimumkan sekitar 1,470 kg, lebih ringan daripada 296 GTB biasa hasil penggunaan bahan gentian karbon secara meluas.

Dari segi reka bentuk, Ferrari 296 Speciale menonjol dengan pendekatan aerodinamik aktif, termasuk diffuser belakang yang besar, spoiler adaptif serta rekaan bampar hadapan yang diinspirasikan dari jentera perlumbaan GT. Profil sisi yang tajam serta lengkung aerodinamik memberikan penampilan lebih agresif.

Bahagian dalaman pula mengekalkan elemen minimalis Ferrari moden, dengan fokus pada ergonomik dan kawalan pemandu. Ia dilengkapi dengan paparan digital penuh, roda stereng multifunction, dan kawalan dinamik seperti eManettino serta sistem Side Slip Control generasi terkini. Material Alcantara dan gentian karbon mendominasi kabin, mencipta suasana sporty tetapi premium.

Seperti model Ferrari lain, 296 Speciale turut disertakan dengan program penyelenggaraan percuma selama tujuh tahun pertama. Ia menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam evolusi supercar hibrid Ferrari yang menggabungkan prestasi luar biasa, kecekapan teknologi, dan reka bentuk Itali.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD