Dalam usaha meringankan beban rakyat, harga pas perjalanan Bulanan Bas.My kini diturunkan daripada RM50 kepada hanya RM30 sebulan. Ini bermakna pengguna boleh naik bas tanpa had hanya dengan kos lebih kurang RM1 sehari!
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pelaksanaan ini dijangka membantu rakyat menjimatkan antara RM200 hingga RM300 setiap bulan, terutama bagi yang bergantung pada perkhidmatan bas untuk ke tempat kerja atau belajar.
Lebih menarik lagi, inisiatif ini akan diperluaskan ke semua negeri yang mempunyai perkhidmatan Bas.My, bukan terhad di bandar-bandar utama sahaja.
Setakat ini, perkhidmatan Bas.My sudah beroperasi di 10 lokasi termasuk Johor Bahru, Melaka, Ipoh, Alor Setar, Kangar, Seremban, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuching, dan akan menyusul ke Kuantan.
Tambang percuma juga diteruskan untuk warga emas 60 tahun ke atas, OKU, pelajar sekolah dan mahasiswa dari institusi awam serta swasta.
Bagi meningkatkan pengalaman pengguna, aplikasi Journey Planner turut diperkenalkan. Melaluinya, pengguna boleh semak lokasi bas secara masa nyata, laluan yang tersedia dan jadual perjalanan dengan lebih teratur. Malah, pengendali bas juga diwajibkan berkongsi data terbuka agar lebih banyak aplikasi perancang perjalanan masa depan boleh dibangunkan.
Menariknya, perkhidmatan Bas.My Medic juga bakal dilancarkan hujung tahun ini. Perkhidmatan ini khas untuk membantu pesakit yang mempunyai masalah mobiliti termasuk pengguna kerusi roda mendapatkan rawatan dengan van khas yang mengambil dan menghantar mereka ke hospital atau pusat dialisis.
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?