Mazda kembali mengangkat standard dalam segmen C dengan pelancaran Mazda3 1.5L edisi 2026. Sedan/hatchback premium ini tampil lebih kemas dan canggih selepas beberapa penambahbaikan, menjadikannya lebih hampir kepada spesifikasi varian lebih tinggi. Walaupun menggunakan enjin 1.5L, Mazda3 tetap membawa aura elegan yang tersendiri dengan hasil seni rekaan Jepun yang digelar sebagai “Car as Art”.
Mazda3 1.5L dijana oleh enjin SkyActiv-G 1.5L 4-silinder yang dipadankan dengan transmisi automatik SkyActiv-Drive 6-kelajuan berpacuan roda hadapan (FWD). Walaupun kapasiti enjin lebih kecil berbanding varian 2.0L, ia tetap menawarkan pemanduan yang responsif dan selesa, sesuai untuk kegunaan harian di bandar atau perjalanan jauh. Kecekapan bahan api juga menjadi salah satu kelebihannya menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang mahukan ‘feel premium’ tanpa mengorbankan penjimatan minyak dan kos penyelenggaraan.
Pilihan warna yang ditawarkan turut menambah tarikan visual seperti Soul Red Crystal, Polymetal Gray, Jet Black, Platinum Quartz dan Machine Gray.

Masuk ke ruang dalaman, suasana kabin Mazda3 1.5L terus mengekalkan elemen tenang dan premium. Ia memaparkan rekaan minimalis yang diinspirasikan gaya hidup Jepun yang ringkas, fokus dan sofistikated. Tempat duduk yang selesa, kemasan berkualiti tinggi dan suis yang terletak secara ergonomik memberi pengalaman pemanduan yang menyenangkan.

Bahagian teknologi pula diperkemas dengan baik. Mazda3 dilengkapi sistem infotainmen 10.25 inci yang disepadukan kemas pada papan pemuka, digandingkan pula dengan paparan meter digital 7 inci untuk pemandu. Sistem ini menyokong sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto merupakan satu ciri besar untuk pemandu moden yang mahu semuanya mudah dan ‘connected’. Port USB Type-C turut tersedia di depan dan belakang bagi memudahkan semua penumpang mengecas peranti.

Mazda3 1.5L tidak mengabaikan aspek keselamatan. Model ini dilengkapi 9 beg udara SRS dan sistem keselamatan pintar Mazda i-Activsense, seperti:
Adaptive Front Lighting System (AFS)
Blind Spot Monitoring (BSM)
Lane Departure Warning (LDWS) & Lane-Keep Assist (LAS)
Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
Mazda Radar Cruise Control (MRCC)
Smart Brake Support (SBS) depan dan belakang
Mazda3 1.5L 2WD High Plus ditawarkan pada harga bermula dari RM118,900 — sama ada untuk versi sedan atau liftback. Semua unit adalah CBU (import sepenuhnya dari Jepun), memastikan kualiti yang konsisten tinggi.
Setiap pembelian datang dengan:
✅ 5 Tahun Jaminan Pengeluar
✅ 5 Tahun Servis Penyelenggaraan Percuma (termasuk alat ganti, minyak & upah)
✅ Tempoh perlindungan: 5 tahun atau 100,000km (yang mana terdahulu)
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?