NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pembeli Keliru, Harga Motosikal Naik Selepas Sampai Kedai

Pembeli Keliru, Harga Motosikal Naik Selepas Sampai Kedai

Ramai pembeli motosikal yang mula meluah rasa keliru dengan cara harga dipaparkan sekarang.

Kebanyakan iklan atau laman web pengeluar motosikal hanya tunjuk harga asas, tapi bila sampai ke kedai harganya boleh jadi jauh lebih tinggi. Ini sebab ada caj tambahan seperti kos pengurusan kedai, penghantaran, dan caj perkhidmatan lain yang tak disebut awal-awal.

Berbeza dengan kereta, harga yang ditetapkan jauh lebih jelas. Untuk kereta, harga jualan dikawal terus oleh pengeluar dan kerajaan, termasuk semua kos wajib seperti cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran. Malah, harga tersebut mesti diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), jadi pengedar yang tidak boleh ubah sesuka hati.

Pengguna berharap perkara sama dapat dibuat untuk motosikal.
Mereka tidak kisah kalau harga diumumkan nampak tinggi, asalkan itu harga sebenar yang perlu dibayar di kedai, bukan sekadar angka asas yang mengelirukan.

Sumber: KOSMO!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD