NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tiket Bas Balik Raya Ke Kelantan Habis Dalam 5 Minit

Tiket Bas Balik Raya Ke Kelantan Habis Dalam 5 Minit

Hanya lima minit. Itu tempoh diperlukan untuk lebih 3,000 tiket bas ke Kelantan habis terjual sebaik jualan dibuka bagi perjalanan sempena Aidilfitri.

Pengendali bas ekspres, Queen Express memaklumkan tiket bagi perjalanan 17 hingga 19 Mac dari Lembah Klang ke Kota Bharu habis ditempah sejurus jualan dibuka pada 15 Februari lalu.

Pengerusi Eksekutifnya, Mohd Suffian Daud berkata, lebih 3,000 tempat duduk ditawarkan dan kesemuanya telah penuh dalam tempoh lima minit.

“Sebanyak lebih 3,000 tempat duduk kita tawarkan kepada pelanggan dan semuanya telah penuh melibatkan perjalanan dari Lembah Klang ke Kota Bharu,” katanya semasa sidang akhbar di Kota Bharu pada Selasa malam.

Menurut beliau, tiada bas tambahan akan disediakan sepanjang musim perayaan kali ini.

Setakat ini, Queen Express mengoperasikan 46 bas melibatkan tujuh destinasi kecuali Johor, dengan khidmat 90 pemandu berusia antara 30 hingga 60 tahun.

Setiap kali menjelang Aidilfitri, tiket pulang ke Kelantan menjadi rebutan panas apabila anak perantauan tidak mahu terlepas peluang menyambut lebaran bersama keluarga tersayang di kampung halaman.

Sumber: Sinar Harian

Siti Sarah Abu Kassim

Siti Sarah merupakan Spesialis Naratif & Formula 1 (F1) yang pakar dalam menggarap skrip serta dialog berimpak tinggi. Berbekalkan pemahaman teknikal yang mendalam tentang jentera F1, beliau cemerlang merapatkan jurang antara penceritaan emosi dan analisis sukan permotoran elit sebagai seorang pengacara yang serba boleh.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy