NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Perodua Bakal Lancar EV Pertama Mereka Hujung Bulan Ini

Perodua Bakal Lancar EV Pertama Mereka Hujung Bulan Ini

PERODUA bakal melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama buatan Malaysia sepenuhnya hujung bulan ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, EV Perodua ini bukan sahaja mampu milik, tetapi juga mesra alam, berteknologi tinggi, dan mampu menjana ekonomi negara. Pelancaran model ini akan dijadikan Agenda Nasional, sejajar dengan konsep MADANI iaitu mampan, mesra alam, mampu milik, dan dibangunkan oleh kepakaran tempatan terutama golongan Bumiputera.

Anwar menyatakan bahawa pengeluaran EV Perodua ini menepati kehendak nasional dan bakal menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih segar, sekaligus menandakan langkah penting Malaysia dalam era kenderaan elektrik.

Dalam lawatan beliau ke Perodua Sungai Choh hari ini, Perdana Menteri juga berkesempatan melihat model Perodua Bezza ke-5.5 juta, menandakan kejayaan berterusan Perodua dalam industri automotif tempatan.

Kredit Imej: BERNAMA

Azfar Zamri

Azfar Zamri merupakan antara tenaga kreatif meja editorial NAZZ&CO™ Media yang banyak menumpukan kepada pelaporan berita automotif harian. Beliau bertanggungjawab memastikan setiap informasi terkini, siaran media korporat, dan perkembangan landskap permotoran negara disampaikan dengan tepat kepada pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy