passionately driven

Gabungan Persatuan Lori Desak MOT Jawab Tuntutan Dalam Masa 48 Jam

Gabungan Persatuan Lori Desak MOT Jawab Tuntutan Dalam Masa 48 Jam

Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lori SeMalaysia dan Persatuan Pemandu-Pemandu Lori SeMalaysia  memberi tempoh 48 jam kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, untuk menjawab 26 tuntutan yang diserahkan melalui memorandum pada Rabu.

Wakil kedua-dua persatuan, aktivis sosial Datuk Dr Kalai Vanar, berkata beberapa peraturan JPJ dianggap terlalu membebankan pemandu dan pengusaha lori, dan perlu disemak semula segera.

Antara isu utama yang dibangkitkan:

  • Sistem mata demerit

  • Saman permit majikan

  • Had masa operasi

  • Penyelarasan had berat dengan muatan (BDM)

  • Had ketinggian muatan

  • Pengurangan kadar saman

Kalai mendakwa ramai pengusaha tertekan kerana lori disita dan dilucut hak akibat peraturan yang disifatkan “tidak masuk akal”.

Memorandum itu diterima oleh Mejar (B) Adli Azmi Ahmat, mewakili Menteri Pengangkutan.

Kalai menegaskan perhimpunan itu bukan untuk menentang kerajaan tetapi mendesak supaya dasar sedia ada diteliti semula kerana ramai pemandu lori dan bas terbeban dengan saman dan syarat ketat yang dikenakan.

Mereka turut meminta:

  • Saman lama dibatalkan

  • Lesen pemandu diaktifkan semula

  • Bayaran berkaitan dibenarkan secara ansuran

Kalai memberi amaran bahawa mereka akan mengadakan perhimpunan 2.0 jika tiada maklum balas daripada kementerian dalam masa ditetapkan. Perhimpunan berlangsung selama sejam secara aman dan dipantau pihak keselamatan. – Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD