Dua kanak-kanak lelaki maut selepas sebuah kereta melanggar basikal yang mereka naiki di Kampung Sedaka Tengah, pagi Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 10 dan 11 tahun mengalami kecederaan serius di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi.
Menurut penduduk, kedua-duanya menaiki basikal yang sama, dengan seorang berdiri di bahagian belakang sebelum sebuah kereta datang dari arah belakang dan merempuh mereka.
Ketua Polis Daerah Yan, Superintenden Mohamad Hamizi Abdullah, mengesahkan kejadian tersebut.
Beliau berkata polis menerima panggilan awam sekitar jam 9.25 pagi mengenai kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah basikal di Jalan Sedaka Tengah.
“Mangsa yang terkorban ialah Muhammad Izhar Adnan, 10, dan Muhammad Zaid Haris Abdullah, 11,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?