Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini berada di fasa akhir persiapan untuk pelancaran Electric Train Service 3 (ETS3) bagi laluan KL Sentral – Johor Bahru Sentral yang dijadualkan mula beroperasi pada 12 Disember.
Dalam kenyataan terbaru, KTMB memaklumkan bahawa persediaan besar-besaran sudah dilakukan, termasuk jadual perjalanan, sistem tiket dan penugasan kakitangan. Namun, operasi penuh masih menunggu kelulusan akhir daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta beberapa agensi berkaitan.
Setakat ini, empat daripada 10 set tren ETS3 telah lulus pemeriksaan terperinci, mendapat pensijilan dan sedia untuk digunakan.
Fasa permulaan nanti akan melibatkan empat perjalanan sehari bagi laluan KL Sentral – JB Sentral – KL Sentral. Kekerapan tren akan ditambah secara berperingkat bergantung kepada penghantaran set tren baharu.
Bagi tren dari JB Sentral ke utara, KTMB menjelaskan operasi akan dibuka secara berfasa mengikut kesediaan infrastruktur, jadual dan aset tren yang ada.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan bahawa pelancaran ETS3 pada 12 Disember akan memberi tumpuan kepada perjalanan sektor Johor Bahru–Kuala Lumpur terlebih dahulu untuk memastikan frekuensi lebih tinggi berbanding laluan yang lebih panjang.
KTMB turut menegaskan bahawa aspek keselamatan kekal menjadi keutamaan dan setiap peringkat operasi ETS3 akan mematuhi piawaian tertinggi, sambil menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih selesa, moden dan cekap.
Maklumat lanjut mengenai jadual perjalanan dan pembelian tiket akan diumumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi KTMB atau Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200. – Bernama
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?