Selepas tular dakwaan kononnya Syafiq Kyle membeli sebuah Lamborghini SVJ bulan lalu, aktor itu akhirnya mendedahkan kenderaan sebenar yang menjadi pilihannya iaitu sebuah Mercedes-Benz G-Class (G-Wagon).
Perkara itu dikongsikan jurujual Fuad Samsudin yang memuat naik video menghantar kereta tersebut kepada Syafiq dan pasangannya, Mimi Lana. Dalam video itu, Syafiq kelihatan jelas teruja menerima kenderaan impiannya yang dihiasi riben merah besar di bahagian hadapan.
SUV mewah berwarna hitam itu bukan saja tampil dengan reka bentuk ikonik G-Class, tetapi juga dikenali sebagai model lasak yang mempunyai keupayaan off-road premium.
Berdasarkan harga semasa, Mercedes-Benz G-Class 2025 di Malaysia bermula sekitar RM1.9 juta untuk varian AMG G 63, manakala model elektrik G 580 berada antara RM958,888 hingga RM998,888.
Pada masa sama, Fuad turut menjelaskan kekeliruan berhubung video Lamborghini SVJ yang tular sebelum ini. Menurutnya, individu tidak bertanggungjawab yang kebetulan berada di showroom telah meminta bergambar dan memuat naik posting seolah-olah Syafiq membeli kereta tersebut.
“Dari awal lagi, memang perancangan Syafiq nak cari G-Class. Ini baru kereta sebenar dia keluar,” jelasnya.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?