NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Top 4 Kereta Dengan Nama Paling ‘Kontroversi’ Pernah Dikeluarkan

Top 4 Kereta Dengan Nama Paling ‘Kontroversi’ Pernah Dikeluarkan

Dalam dunia automotif, nama model selalunya dipilih supaya nampak cool, gagah, atau futuristik. Tapi kadang-kadang… ada juga nama yang kedengaran pelik sampai buat orang terfikir, “Betul ke ni nama kereta?”

Jom kita tengok Top 4 kereta dengan nama paling kontroversi, tapi memang wujud betul-betul.


4. Honda That’s

Kalau kau tanya pemilik kereta ni, “Kau pakai kereta apa?”Jawapan dia: “That’s.” Lepas tu mesti kena sambung:
“THAT’S apa??”

Nama yang seolah-olah tak habis ni buat ramai confused, tapi Honda memang pernah keluarkan model kecil comel bernama That’s. Simple, tapi… kelakar.


3. Daihatsu Naked

Kereta ni bukan tak ada body, cuma nama dia yang ‘berani’. “Naked” kedengaran macam kereta ni keluar rumah tanpa pakaian.

Padahal sebenarnya ia kereta ‘kei car’ kecil untuk bandar. Tapi tetap, nama dia memang buat ramai gelak kecil bila dengar.


2. Mazda Laputa

Nampak macam nama elegan, tapi bila diterjemah dalam beberapa bahasa… “La Puta” sebenarnya membawa maksud tak elok dalam bahasa Sepanyol. Bayangkan beli kereta baru dan terpaksa jawab soalan, “Kau pakai kereta apa?”
“Err… Laputa.”

Terus orang pandang pelik.


1. Mitsubishi Pajero

Inilah juara kereta dengan nama paling kontroversi! Pajero!
Dalam bahasa Sepanyol, perkataan “pajero” membawa maksud yang tak sesuai disebut dalam perbualan sopan.

Sebab itu di beberapa negara, model ni ditukar nama kepada “Montero”. Tapi di tempat lain, nama Pajero tetap digunakan. Lagenda betul.

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy