NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kia Carnival Baharu Dilancarkan Di Malaysia, Ditawarkan Dalam Dua Varian CKD Bermula RM188,888

Kia Carnival Baharu Dilancarkan Di Malaysia, Ditawarkan Dalam Dua Varian CKD Bermula RM188,888

KUALA LUMPUR, 15 Januari 2026 – Kia Sales Malaysia (KSM) hari ini melancarkan Kia Carnival Baharu, model pertama diperkenalkan selepas penubuhan KSM sebagai Syarikat Jualan Negara bagi jenama Kia di Malaysia.

Model MPV besar ini menerima kemas kini dari segi rekaan luaran dan dalaman, selain penambahbaikan teknologi serta kelengkapan keselamatan, bagi mengekalkan kedudukannya dalam segmen MPV besar di pasaran tempatan.

Dua Varian, Pemasangan Tempatan

Untuk pasaran Malaysia, Kia Carnival Baharu ditawarkan dalam dua varian pemasangan tempatan (CKD) di Kulim, Kedah, iaitu:

  • 2.2D 11-tempat duduk

 

  • 2.2D 7-tempat duduk

 

(Gambar daripada PAULTAN.ORG)

Kedua-dua konfigurasi ini disasarkan kepada pengguna berbeza, merangkumi kegunaan keluarga besar, pengangkutan korporat serta individu yang memerlukan ruang kabin luas. Yang membezakan kedua kereta ini dari segi bahagian dalaman ialah, 7 seater didatangkan dengan dua pilot seat

Enjin Diesel 2.2L dan Transmisi Automatik 8-Kelajuan

Kia Carnival Baharu dikuasakan oleh enjin Smartstream 2.2-liter turbodiesel empat silinder yang menghasilkan 202 PS dan 440 Nm tork. Enjin ini digandingkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan pacuan roda hadapan.

Menurut Kia, penggunaan bahan api gabungan model ini dianggarkan pada 6.5 liter bagi setiap 100 km (NEDC), menawarkan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan.

Reka Bentuk Luaran Dikemas Kini

Dari segi penampilan, Kia Carnival Baharu menampilkan rekaan hadapan dan belakang yang diperbaharui, sejajar dengan bahasa reka bentuk terkini Kia berasaskan falsafah “Opposites United”.

Bahagian hadapan menampilkan gril lebih lebar dan susunan lampu hadapan menegak dengan grafik Star Map DRL, manakala bahagian belakang kini memaparkan lampu belakang rekaan baharu serta kedudukan nombor pendaftaran yang dialihkan ke bahagian bawah pintu but.

Kabin Lebih Moden dan Praktikal

Ruang dalaman Kia Carnival Baharu direka dengan pendekatan lebih ringkas dan kemas, menekankan fungsi serta keselesaan penumpang.

  • Varian 7-tempat duduk hadir dengan susunan 2-2-3 dan kerusi baris kedua jenis Relaxation Premium, manakala kerusi baris ketiga boleh dilipat rata bagi menambah ruang kargo.

  • Varian 11-tempat duduk menggunakan konfigurasi 2-3-3-3, dengan kerusi tengah boleh dilipat untuk memudahkan akses ke barisan belakang.

Antara ciri utama kabin termasuk:

  • Skrin melengkung yang menggabungkan paparan instrumen digital 12.3-inci dan skrin infotainmen 12.3-inci

  • Kawalan fizikal untuk fungsi infotainmen dan penyaman udara

  • Pencahayaan ambien pada papan pemuka dan panel pintu

Kelengkapan Keselamatan dan Bantuan Pemandu

Keselamatan dipertingkatkan dengan kehadiran lapan beg udara, termasuk beg udara sisi tengah di barisan hadapan.

Semua varian turut dilengkapi sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), antaranya:

  • Bantuan Mengelak Perlanggaran Hadapan (FCA 2.0)

  • Bantuan Pemanduan Lebuh Raya (HDA 2)

  • Bantuan Mengekalkan dan Mengikut Lorong (LKA & LFA)

  • Bantuan Mengelak Perlanggaran Titik Buta (BCA)

  • Bantuan Lalu Lintas Silang Belakang (RCTA)

  • Amaran Penumpang Belakang (ROA)

Harga dan Warna

Kia Carnival Baharu ditawarkan dalam empat pilihan warna luaran:
Meteor Grey, Snowflake White Pearl, Astra Blue dan Jet Black.

Harga jualan bagi Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

  • 2.2D 11-tempat duduk: bermula RM188,888

  • 2.2D 7-tempat duduk: bermula RM248,888

Harga tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Waranti dan Ketersediaan

Setiap pembelian Kia Carnival Baharu didatangkan dengan waranti lima tahun atau 150,000 km, yang mana lebih dahulu.

Model ini kini boleh ditempah di bilik pameran Kia terpilih di seluruh negara.

  1. 我要拿这辆车妄要什么资料呢?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilih Jenama Kereta

© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD