KUALA LUMPUR, 21 Januari 2026 – iCAUR Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi iCAUR V23 Edisi Retro, iaitu satu pakej bodykit rasmi yang direka khas untuk SUV off-road elektrik iCAUR V23. Pakej ini ditawarkan pada harga bermula RM22,000, memberi pilihan kepada pemilik untuk menampilkan gaya klasik berinspirasikan kenderaan off-road ikonik, tanpa menjejaskan identiti elektrik moden.
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, iCAUR Malaysia turut memperkenalkan harga istimewa RM18,888, terhad kepada 88 set sahaja untuk tempoh masa terhad. Kit ini boleh ditempah oleh pemilik V23 sedia ada mahupun pelanggan baharu, dengan pemasangan dilakukan melalui rangkaian pengedar sah iCAUR di seluruh negara.

Diperkenalkan selepas pelancaran iCAUR V23 pada November 2025, Retro Bodykit ini direka untuk pemilik yang menginginkan rekaan luaran lebih ekspresif dan berkarakter. Ia mengekalkan bentuk berkotak V23 yang tersendiri, sambil menggabungkan elemen reka bentuk klasik yang sinonim dengan kenderaan off-road legenda.
Bagi memastikan kualiti dan ketahanan jangka panjang, pakej Retro Bodykit ini hadir dengan jaminan 12 bulan, manakala sidestep bersepadu disertakan dengan jaminan lanjutan selama 18 bulan.
iCAUR V23 kekal sebagai SUV segmen C elektrik sepenuhnya pertama di Malaysia yang direka untuk kegunaan off-road. Ia ditawarkan dalam dua varian:
2WD – RM119,870
iWD (Intelligent All-Wheel Drive) – RM132,980
(Harga atas jalan tanpa insurans)
Kedua-dua varian ditawarkan dengan enam pilihan warna iaitu Off Road Orange, Khaki White, Army Green, Slate Silver, Gravel Grey dan Carbon Black, dipadankan dengan kemasan dalaman kulit hitam premium.

iCAUR Malaysia turut menawarkan pakej pemilikan yang menyeluruh untuk V23, termasuk:
Waranti kenderaan 7 tahun atau 150,000 km
Waranti bateri dan unit pacuan 8 tahun atau 160,000 km
Penggantian bateri satu-ke-satu sekiranya Tahap Kesihatan (SoH) jatuh di bawah 70% dalam tempoh waranti
Aksesori standard termasuk kabel V2L dan pengecas mudah alih
Pengarah Kanan iCAUR Malaysia, Francis Chin, berkata pelancaran Edisi Retro ini memberi lebih kebebasan kepada pemilik untuk mengekspresikan gaya hidup mereka. Menurutnya, iCAUR V23 bukan sekadar sebuah kenderaan, sebaliknya satu pernyataan identiti yang selari dengan semangat jenama “Born to Play”.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan pandu uji, orang ramai boleh mengunjungi pengedar sah iCAUR di seluruh negara.

Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?