JAECOO J5 dilancarkan di Malaysia hari ini sebagai model kompak premium segmen B silang yang memperkenalkan piawaian premium baharu buat pemandu bandar yang mahukan keseimbangan antara gaya hidup urban dan pengembaraan hujung minggu.
Dilancarkan oleh OMODA | JAECOO Malaysia, model yang digelar sebagai ‘Urban Explorer’ ini menampilkan gabungan rekaan moden, keselesaan premium, teknologi bantuan pemandu lanjutan serta kecekapan bahan api yang sesuai untuk kegunaan harian.

Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan berkata, J5 dibangunkan untuk memenuhi keperluan generasi pembeli baharu yang inginkan kemewahan termampu dalam sebuah SUV kompak.
“Dengan ciri-ciri mewah peneraju kelas, teknologi bantuan pemandu lanjutan dan pengalaman pemanduan canggih, JAECOO J5 direka untuk Pengembara Kota yang mahukan kebebasan menikmati kehidupan bandar setiap hari dan keseronokan hujung minggu,” katanya.

Dari segi kuasa, JAECOO J5 dipacu enjin empat silinder 1.5-liter turbo yang menghasilkan 108 kW (147 PS) dan 210 Nm tork.
Enjin ini menggunakan teknologi kepala silinder manifold ekzos bersepadu (IEM) serta sistem pendingin antara generasi terkini bagi meningkatkan kecekapan haba dan respons pemanduan.
Ia digandingkan dengan transmisi boleh ubah berterusan (CVT) yang memacu roda hadapan, memberikan pecutan lancar serta penghantaran kuasa yang lebih halus dalam pemanduan bandar dan lebuh raya.
Dari sudut kecekapan, penggunaan bahan api gabungan direkodkan pada 6.4 liter/100 km berdasarkan Kitaran Pemanduan Malaysia (MDC), sekali gus melayakkannya menerima pensijilan Kenderaan Cekap Guna Tenaga (EEV).

JAECOO J5 berukuran:
Walaupun berada dalam kategori kompak, struktur badannya menggunakan keluli tegangan tinggi lanjutan pada bahagian kritikal.
Model ini mencatat ketegaran kilasan 23,500 Nm/deg, antara yang mendahului kelasnya bagi memastikan tahap perlindungan lebih baik sekiranya berlaku pelanggaran.
Dari aspek pengendalian, ia menggunakan suspensi hadapan topang MacPherson dan sistem suspensi belakang berbilang pautan, yang jarang ditawarkan dalam segmen ini. Ini bertujuan untuk meningkatkan kestabilan lateral dan keselesaan pemanduan dalam pelbagai keadaan jalan.
Bahagian luaran turut diserlahkan dengan rim aloi dua tona bersaiz 18 inci bersama tayar 235/55 R18.

Masuk ke ruang dalaman, JAECOO J5 menampilkan suasana moden dan tenang dengan fokus terhadap keselesaan serta keterhubungan.
Antara ciri unik yang ditawarkan ialah sistem pengadun bunyi dengan kawalan aplikasi yang membolehkan kabin bertukar menjadi ruang karaoke bergerak.
Cermin depan saduran berganda turut membantu mengurangkan bunyi luar, mewujudkan suasana kabin yang lebih senyap dan selesa.
Lima tempat duduk dibalut kemasan kekulit dengan kerusi hadapan berudara. Ruang but 480 liter boleh diperluas sehingga 1,284 liter melalui konfigurasi lipatan 60/40.
Menariknya, JAECOO J5 turut menawarkan upholsteri mesra haiwan peliharaan dengan pensijilan TÜV yang mempunyai ciri antibakteria serta kalis cakar, sesuai untuk pemilik haiwan kesayangan.
Ia turut dilengkapi bumbung bulan panorama 1.45 meter persegi, antara terbesar dalam kelasnya.

Bahagian teknologi dipacu skrin infohiburan pusat 13.2 inci resolusi 2K yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.
Ia dipadankan dengan kelompok instrumen digital 8.0 inci serta sistem audio lapan pembesar suara.
Turut tersedia pad pengecas tanpa wayar 50W dengan sistem pengudaraan aktif bagi memastikan peranti tidak terlalu panas ketika digunakan.

JAECOO J5 hadir dengan 19 fungsi ADAS Tahap 2+ sebagai ciri standard, termasuk:
Semua ini disokong oleh sistem kamera pandang keliling 540 darjah untuk meningkatkan keterlihatan ketika meletak kenderaan dan bergerak pada kelajuan rendah.
JAECOO J5 2WD ditawarkan pada harga bermula daripada RM108,000.
Sempena pelancaran dari 5 hingga 15 Mac 2026, pelanggan awal layak menikmati rebat pelancaran istimewa, menjadikan harganya serendah RM102,000.
Selain rebat tunai tersebut, pembeli turut berpeluang memilih antara insurans tahun pertama percuma atau rebat tambahan, serta menerima Pakej Trio Aksesori yang merangkumi subwoofer, mikrofon karaoke tanpa wayar dan lampu suluh pelbagai fungsi.
Setiap unit JAECOO J5 didatangkan dengan waranti komprehensif tujuh tahun atau 150,000 km, yang mana terdahulu.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?