Bila musim Hari Raya Aidilfitri makin dekat, ramai yang dah mula merancang perjalanan pulang ke kampung halaman. Ada yang memandu ratusan kilometer untuk berjumpa keluarga, jadi sudah tentu kenderaan yang selesa dan boleh diharap sangat penting.
Kalau anda sedang mencari sedan yang bukan sahaja bergaya tetapi juga lengkap dengan teknologi moden, Honda Civic 1.5L VTEC Turbocharged RS boleh dikatakan antara pilihan yang cukup menarik.
Model ini terkenal dengan gabungan prestasi, teknologi pintar dan reka bentuk sporty yang membuatkan ia masih menjadi antara sedan paling popular di jalan raya.

Salah satu perkara yang menarik pada Honda Civic RS ialah sistem Display Audio dengan Google built-in.
Dengan fungsi ini, pemandu boleh akses Google Maps, Google Assistant dan aplikasi lain terus dari skrin utama kereta. Jadi kalau tengah memandu balik kampung dan nak cari laluan paling cepat atau elak jalan sesak, semuanya boleh dibuat dengan mudah.
Tak perlu lagi bergantung sepenuhnya pada telefon kerana kebanyakan fungsi penting sudah tersedia terus dalam sistem infotainment kereta.

Bila bercakap tentang perjalanan jauh, terutama musim perayaan, aspek keselamatan memang tak boleh dipandang ringan.
Honda Civic RS dilengkapi dengan Honda SENSING, iaitu teknologi bantuan pemandu yang membantu menjadikan pemanduan lebih selamat dan yakin.
Antara sistem yang ada termasuk:
Collision Mitigation Braking System
Lane Keep Assist System
Adaptive Cruise Control
Road Departure Mitigation
Teknologi ini sangat berguna terutama ketika memandu di lebuh raya yang biasanya lebih sibuk menjelang musim balik kampung.

Dari segi penampilan, Civic RS memang susah nak terlepas pandang.
Reka bentuknya nampak lebih kemas dan sporty dengan garisan badan yang tajam serta bahagian hadapan yang agresif. Ditambah pula dengan rim aloi yang bergaya, keseluruhan rupa Civic RS nampak moden dan premium.
Kalau tiba di kampung atau rumah saudara dengan Civic RS, memang tak hairan kalau ada yang datang tengok kereta dulu sebelum masuk rumah.

Di bawah bonet, Civic RS menggunakan enjin 1.5L VTEC Turbocharged yang memberikan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan bahan api.
Enjin turbo ini memberikan pecutan yang cukup responsif, sama ada ketika pemanduan jauh di lebuh raya atau memandu dalam bandar.
Untuk perjalanan jauh seperti balik kampung, enjin ini memberikan pengalaman pemanduan yang lancar tanpa rasa terlalu berat atau memenatkan.

Honda Civic RS juga datang dengan tiga mod pemanduan yang boleh dipilih mengikut situasi.
Antaranya:
Econ Mode – untuk pemanduan lebih jimat bahan api
Normal Mode – sesuai untuk penggunaan harian
Sport Mode – untuk respon enjin yang lebih agresif
Kalau nak memandu santai ketika trafik perlahan, boleh guna Econ atau Normal. Tapi bila jalan dah lapang, Sport Mode memang buat pemanduan terasa lebih seronok.

Bagi ramai orang, perjalanan balik kampung sebenarnya sebahagian daripada kenangan Raya. Ada yang memandu berjam-jam, berhenti makan di R&R, atau berbual sepanjang perjalanan. Itulah lumrah atau kebiasaan yang akan berlaku apabila melakukan perjalnan menuju ke kampung halaman. Ini juga secara tidak langsung dapat naikkan lagi harmoni dalam hubungan kekeluargaan. Kerana setiap tempat yang berhenti, setiap waktu berbincang, setiap lawak yang diutarakan, semua itu adalah memori yang bermakna untuk berkongsi untuk menyambut kedatangan hari raya
Dengan gabungan prestasi enjin turbo, teknologi moden dan ciri keselamatan canggih, Honda Civic 1.5L VTEC Turbocharged RS memberikan pengalaman pemanduan yang lebih selesa dan yakin untuk melakukan kesemua aktiviti-aktiviti menuju ke destinasi yang dikehendaki.

Sama ada untuk kegunaan harian atau perjalanan jauh ketika musim perayaan, Civic RS memang menawarkan kombinasi yang sukar ditandingi. Sporty, penuh dengan teknologi yang canggih, dan paling penting tidak mengorbankan praktikaliti untuk meluangkan masa bersama yang bermakana buat keluarga tercinta. Kesemua ini boleh direalisasikan bersama Honda Civic 1.5L VTEC Turbocharged RS
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan model-model Honda Civic boleh layari:
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?