KUALA LUMPUR – Pasaran SUV berorientasikan pengembaraan di Malaysia hari ini menerima satu lagi pesaing sengit dengan pelancaran rasmi Jetour T2. Direka khas untuk mereka yang mahukan keseimbangan antara kepraktisan harian dan kebolehan merentas pelbagai permukaan jalan, Jetour T2 tampil dengan reka bentuk kotak yang sangat menonjol di jalan raya.
SUV berkeupayaan tinggi ini bukan sekadar nampak gagah, malah ia mengukuhkan falsafah “Travel+” jenama Jetour yang menggabungkan mobiliti dengan gaya hidup penerokaan yang lebih bermakna buat pengguna tempatan.

Dari aspek estetika, Jetour T2 memberikan kehadiran jalan yang sangat kukuh melalui reka bentuknya yang sasa. Bahagian hadapan jentera ini dilengkapi dengan lampu hadapan LED automatik serta lampu tandatangan JETOUR yang bercahaya, memberikan identiti visual yang sangat moden.
Karakter pengembaraan SUV ini diteruskan pada bahagian belakang dengan pemasangan tayar simpanan secara luaran. Menariknya, Jetour turut mementingkan kemudahan harian dengan menyertakan fungsi penutupan lembut (soft-close) pada pintu belakang bagi memudahkan urusan pengguna. Untuk pasaran Malaysia, tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Khaki White, Aviation Silver, dan Carbon Black.

Di bawah bonetnya, Jetour T2 dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbocharged direct injection (TGDi) yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 180kW dan tork setinggi 375Nm. Kuasa ini dipadankan pula dengan transmisi Dual Clutch 7-kelajuan (7DCT) yang menjanjikan hantaran kuasa yang efisien.
Apa yang membuatkan T2 ini benar-benar berkeupayaan adalah penggunaan sistem Intelligent XWD yang dilengkapi dengan mod pemanduan 7+X. Sistem pintar ini secara berterusan menyesuaikan pengagihan tork mengikut keadaan permukaan jalan, sekali gus meningkatkan cengkaman dan kestabilan sama ada anda memandu di lebuh raya atau merentas jalan tidak rata. Jentera ini juga dipadankan dengan rim aloi bersaiz 255/60 R19 yang menyerlahkan lagi kesediaannya untuk aksi luar jalan.


Melangkah masuk ke bahagian dalam, kabin Jetour T2 menawarkan suasana premium dengan tempat duduk kemasan leatherette dan bumbung suria panoramik yang luas. Pemandu dan penumpang akan dilayani oleh paparan multimedia gergasi 15.6 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Teknologi pintar turut menjadi tunjang utama dengan kehadiran pembantu suara “Hello Jetour” yang membolehkan anda mengawal navigasi dan pendingin hawa hanya melalui arahan suara. Bagi peminat audio, sistem bunyi premium SONY dengan 12 pembesar suara sedia memberikan kualiti bunyi imersif sepanjang perjalanan. Malah, tempat duduk hadapan turut dilengkapi fungsi pengudaraan (ventilated seats) yang sangat sesuai untuk iklim panas di Malaysia.
Interaksi antara pemandu dan kenderaan kini lebih natural dengan adanya pembantu suara pintar ini yang sangat responsif. Tidak perlu lagi beralih fokus dari jalan raya untuk tukar suhu aircond atau cari navigasi, cukup sekadar arahan suara untuk mengawal pelbagai fungsi media dan sistem dalam kabin secara hands-free.

Keselamatan penumpang tidak dikompromi apabila Jetour T2 berjaya memperoleh penarafan 5-Bintang daripada ASEAN NCAP. SUV ini dilengkapi dengan enam beg udara SRS dan sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) Tahap 2 yang komprehensif.
Antara ciri menarik lain termasuklah Panoramic View Monitoring System 360 darjah yang dilengkapi fungsi transparent chassis. Teknologi ini sangat membantu pemandu melihat keadaan di bawah kenderaan ketika melalui laluan mencabar atau ketika melakukan parkir. Ciri Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) turut disediakan bagi memantau kesihatan tayar secara masa nyata.

Pelancaran Jetour T2 ini turut menyaksikan langkah murni jenama ini melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Turtle Conservation Society of Malaysia. Ini merupakan sebahagian daripada komitmen Jetour terhadap usaha kelestarian dan penerokaan yang bertanggungjawab di negara ini.
Untuk pasaran tempatan, harga Jetour T2 ditawarkan pada RM156,800 (harga jualan bersih) untuk varian 2.0TD XWD. Apa yang lebih mengejutkan, model ini telah menerima sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia dengan lebih 2,000 unit tempahan berjaya dicatatkan sejak bulan November yang lalu. Bagi menghargai sokongan peminat, Jetour turut menawarkan Early Bird Package berupa rebat tunai sebanyak RM2,000 untuk 3,000 pendaftaran pertama.
Bagi memberikan ketenangan minda yang total kepada pemilik, Jetour T2 disokong oleh Standard Package yang sangat komprehensif. Ia merangkumi 5 kali servis percuma termasuk upah dan alat ganti, jaminan kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km, serta jaminan enjin (powertrain) yang sangat lama iaitu sehingga 10 tahun atau 1,000,000 km. Tempahan kini sudah dibuka secara rasmi, jadi korang boleh terus serbu bilik pameran Jetour berdekatan untuk tengok sendiri SUV boxy yang tengah trending ni.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?