Keadaan dunia yang sedang kacau bilau boleh menimbulkan rasa resah gelisah. Ditambah pulak dengan kesibukan dunia yang tiada penghujung. Kerja bertimbun, balik rumah buka televisyen, berita pula semua yang tidak menyenangkan.
Nak berjalan ke bandar, tak sanggup nak hadap orang ramai dan jalan raya yang jem.
Apa kata hujung minggu ini, kita tukar angin? Pergi healing hirup udara segar.
Ini 5 taman estetik sekitar Lembah Klang yang sesuai untuk menenangkan minda korang.

Taman ini memang vibes ‘cottage core’ dan pernah dilabel sebagai ‘New Zealand’ Malaysia. Taman ini jugak viral beberapa kali di TikTok, dan sangat terkenal dengan Gen Z.
Kalau korang berangan nak lari ke luar negara tapi bajet ciput, ini tempatnya. Taman ini terletak di atas bukit yang beralun dan dipenuhi dengan deretan pokok pain serta bunga-bunga ala Eropah. Cuaca kat sini pada waktu pagi atau lewat petang sangat redup dan mendamaikan.
Kalau datang sini, wajib bentang tikar petak-petak, bawa bakul rotan ala-ala orang Perancis dan buat picnic estetik dengan kawan-kawan. Sumpah gambar korang akan nampak mahal!

Untuk taman ni, suasananya city chic dan sangat digemari ‘pemburu’ Sunset. Taman ini adalah definisi sebenar “kehijauan di tengah hutan konkrit”. Ia sangat ikonik dengan pemandangan tasik yang berlatarbelakangkan kaki langit Kuala Lumpur (KLCC, KL Tower, dan Menara PNB 118). Nak naik basikal, main rollerblade, atau sekadar duduk di kerusi tepi tasik, semuanya ada.
Untuk yang tidak ada kenderaan sendiri, jangan risau. Taman ni boleh diakses melalui MRT Hospital Kuala Lumpur. Tetapi, perjalanannya makan 12 minit dari stesen ke taman. Tak apa, berjalan kan bagus! Boleh cukupkan matlamat 10,000 langkah kaki sehari korang yang tergendala tu.

Bagi introvert yang ingin melarikan diri dari dunia, boleh healing di taman ini. Memang tercipta untuk korang.
Taman ini adalah ‘hidden gem’ terbaru di Selangor. Berbeza dengan taman biasa, Mangrove Point adalah kawasan hutan paya bakau yang dipenuhi dengan laluan pejalan kaki berkayu yang sangat panjang dan cantik.
Tiada bunyi hon kereta, yang ada cuma bunyi kicauan burung dan deruan air laut yang menenangkan.
Bagi mereka yang tengah burnout dengan kerja atau manusia. Sesuai sangat untuk datang berjalan seorang diri ala-ala solo date sambil dengar lagu guna earphone.

Taman ini juga dikenali sebagai Taman Tasik Perdana, sangat besar dan dijaga dengan rapi. Ia mempunyai lanskap yang pelbagai seperti taman bunga raya, taman orkid, dan mercu tanda paling popular iaitu Sunken Garden dan kanopi kuning yang sangat futuristik.
Deretan pokok hutan di taman itu membuatkan korang lupa yang korang sebenarnya berada di tengah-tengah pusat bandar KL.
Penggemar alam semula jadi dan geng OOTD, bawa kamera filem atau digital korang, sebab setiap sudut taman ni memang estetik.

Selain landskap tanamannya yang pelbagai dan luas mata memandang, daya tarikan paling terkenal di sini pastilah Astaka Morocco (Moroccan Pavilion).
Seni bina dinding, ukiran pintu, dan susunan mozek kat astaka ni memang 100% rupa macam kat Maghribi.
Kalau nak buat gambar pre-wedding atau nak berangan macam pelancong luar negara yang melancong ke Timur Tengah. Jangan lupa pakai outfit warna tanah untuk naikkan lagi seri gambar tu!
Tahukah anda? Bersiar-siar di luar boleh mengurangkan keletihan dengan meningkatkan tahap vitamin D, membantu anda berasa lebih segar. Secara tidak langsung, tahap tumpuan dan produktiviti anda pun turut meningkat.
Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan sekurang-kurangnya 20 minit di taman sudah cukup untuk meningkatkan kesejahteraan anda dan meningkatkan kepuasan hidup anda.
Jadi, jangan fikir nilai estetiknya sahaja, ambil juga manfaat kesihatannya.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?