OMODA | JAECOO Capai 1 Juta Unit Dalam 3 Tahun, Malaysia Jadi Pasaran Paling Laku

OMODA | JAECOO Capai 1 Juta Unit Dalam 3 Tahun, Malaysia Jadi Pasaran Paling Laku

Tiga tahun selepas kemunculan sulung di persada global, jenama OMODA | JAECOO kembali ke pentas Beijing Auto Show 2026 dengan mencatatkan angka jualan luar biasa sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam industri automotif dunia.

Dalam tempoh hanya 36 bulan jenama ini berjaya mencatatkan jualan melebihi satu juta unit di seluruh dunia, iaitu satu pencapaian yang menandakan satu mercu tanda paling penting dalam sejarah perjalanan antarabangsanya yang sangat pantas.

Keberanian mereka merentas lebih 64 pasaran antarabangsa membuktikan bahawa jenama ini bukan lagi sekadar pendatang baru, tetapi gergasi global yang sedang memacu masa depan mobiliti.

Kekuatan utama di sebalik angka besar ini adalah rangkaian penyelidikan dan pembangunan (R&D) kumpulan Chery yang cukup canggih, terutamanya melalui pengenalan Super Hybrid System (SHS).

Sistem hibrid generasi baru ini direka khusus untuk memberikan imbangan antara prestasi tinggi dan jarak pemanduan yang luar biasa bagi model PHEV serta HEV.

OMODA| JAECOO

Malah, sebelum acara di Beijing bermula, media dari sembilan negara telah pun membuktikan kehebatan sistem ini melalui 9 Countries Super Hybrid Marathon sejauh 625 km merentasi pelbagai bentuk muka bumi di China, yang menguji ketahanan model J5 HEV, OMODA 5 HEV, dan JAECOO J7 HEV dalam situasi dunia sebenar.

Di pasaran tempatan, OMODA | JAECOO Malaysia terus menunjukkan dominasi yang tidak boleh dipertikaikan apabila mencatatkan jualan melebihi 17,800 unit pada tahun 2025 sahaja.

Angka ini mewakili pertumbuhan tahun-ke-tahun sebanyak 153%, satu pencapaian yang sangat jarang berlaku dalam industri automotif tempatan.

OMODA | JAECOO

Kepercayaan yang dibina melalui ekosistem perkhidmatan serta rangkaian bekalan bersepadu yang kukuh merupakan punca utama lebih 25,000 unit kenderaan jenama ini dijangka bakal memenuhi jalan raya Malaysia dalam masa terdekat.

Tambah lagi, kepercayaan rakan niaga di peringkat global juga sangat tinggi, di mana kajian di Sepanyol menunjukkan pengedar memberikan skor kepuasan mencecah 9.9 peratus.

OMODA | JAECOO

Masa depan mobiliti OMODA | JAECOO juga semakin futuristik dengan pengenalan teknologi Valet Parking Driver (VPD) yang melakukan debut global di Beijing.

Teknologi pintar ini membolehkan kenderaan mencari ruang parkir dan kembali kepada pemandu secara autonomi sepenuhnya tanpa sebarang campur tangan manusia.

OMODA | JAECOO

Tidak cukup dengan itu, robot humanoid mereka yang dinamakan Mornine kini sudah pun ditempatkan di lebih 30 buah negara, termasuk di pusat pameran di Malaysia, untuk memberikan pengalaman digital yang lebih interaktif kepada pelanggan.

Apabila sebuah jenama telah mencecah jualan sejuta unit dalam masa tiga tahun, itu bukan lagi tentang nasib. Ia membuktikan bahwa teknologi Super Hybrid (SHS) dan reka bentuk futuristik bersesuaian dengan selera pemandu moden masa kini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD