Misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla dilaporkan berdepan detik cemas selepas diganggu oleh pasukan tentera Israel di perairan antarabangsa berhampiran Greece, semalam.
Insiden tersebut berlaku kira-kira 45 batu nautika dari Pulau Kythira, iaitu lokasi yang terletak lebih 600 batu nautika dari Gaza.
Kru kapal Greenpeace International, Arctic Sunrise mendedahkan bahawa pihak yang memperkenalkan diri sebagai Tentera Laut Israel telah memberikan amaran radio melalui saluran kecemasan antarabangsa untuk mengarahkan kapal-kapal tersebut menukar haluan.
Keadaan menjadi lebih kritikal apabila komunikasi maritim termasuk sistem satelit GNSS dan saluran SOS diganggu sepenuhnya, sekali gus meletakkan keselamatan kapal dalam risiko tinggi di perairan terbuka.
Menurut kenyataan rasmi Global Sumud Flotilla, bot-bot mereka turut didekati kapal laju tentera yang bertindak mengacukan senjata api separa automatik dan menyuluh laser ke arah peserta.
Para peserta dilaporkan telah diarahkan untuk berkumpul di hadapan bot dan berlutut dengan tangan di atas kepala.
Sehingga kini, hubungan dengan beberapa buah kapal flotila tersebut masih terputus sepenuhnya.
Greenpeace kini menggesa kerajaan di seluruh dunia untuk campur tangan bagi mempertahankan undang-undang antarabangsa dan memastikan perlindungan penuh kepada misi solidariti tersebut.
Global Sumud Flotilla merupakan gerakan antarabangsa tanpa kekerasan yang bertujuan menamatkan sekatan ke atas Gaza.
Pihak Israel setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tindakan ketenteraan tersebut.
Sumber: Berita Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?