Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang menghangatkan kembali isu EV Malaysia apabila Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat KL (PPKMKL) yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penggunaan Kenderaan Elektrik (EV) di Malaysia. Dalam video tersebut, pelbagai dakwaan dilemparkan, dari isu kereta tersidai berminggu-minggu, kekurangan pakar, sehinggalah tuduhan bahawa EV ini hanyalah sekadar “jentera mewah yang membebankan.”
Namun, sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Adakah pengguna EV di Malaysia benar-benar menjadi mangsa keadaan, atau kita sebenarnya sedang berhadapan dengan kelompok yang masih takut dengan transisi teknologi?
Menyedari kekeliruan yang semakin berleluasa, Penganalisis Automotif, Nazz Abdullah, telah tampil memberikan pencerahan teknikal bagi membedah satu persatu dakwaan tersebut, meletakkan kembali perspektif industri di landasan yang betul.
“Merungut Pasal EV Ibarat Merungut Smartphone Tak Ada Butang Nokia 3310”
Sebagai individu yang sentiasa menguji teknologi baharu dari pelbagai jenama automotif global, Nazz Abdullah tidak menafikan wujudnya cabaran dalam pemilikan EV pada fasa ini. Namun, beliau menegaskan bahawa naratif “membebankan” adalah satu kenyataan yang terlalu melulu.
“Tak ada siapa pernah paksa pengguna untuk beli EV. Diorang nak guna EV atau apa-apa kereta itu hak masing-masing. Dan merungut pasal EV ni ibarat macam kita merungut tentang smartphone tak ada physical button macam Nokia 3310 dulu.” tegas Nazz.
Menurut Nazz, setiap pengguna mempunyai kuasa mutlak (purchasing power) dalam menentukan kenderaan apa yang sesuai dengan gaya hidup mereka. Menuding jari dan menyalahkan teknologi sepenuhnya adalah satu langkah ke belakang.

Salah satu hujah terbesar pihak PPKMKL adalah kesukaran mencari alat ganti di bengkel-bengkel biasa berbanding kereta petrol. Menepis dakwaan ini, Nazz Abdullah melemparkan satu fakta yang membuka mata ramai pihak mengenai perbezaan mekanikal di antara kedua-dua jenis kenderaan ini.
“ICE (Internal Combustion Engine) atau kereta yang isi minyak, kebanyakan kereta tersebut ada lebih kurang 2,000 komponen yang sentiasa bergerak, berpusing, yang boleh lusuh dan boleh pecah bila-bila masa. Tapi EV? EV cuma ada hanya lebih kurang 20 komponen utama sahaja.”
“Jadi daripada segi spare part, mana satu sebenarnya yang akan jadi masalah? Adakah EV ni perlu ada spare part merata-rata dekat kedai spare part macam kereta-kereta biasa? Tidak!”

Logik untuk menyamakan infrastruktur alat ganti EV dengan lambakan bengkel kereta biasa adalah tidak relevan. Konsep penyelenggaraan EV tidak menuntut keberadaan alat ganti di merata-rata tempat seperti kereta konvensional.

Isu paling hangat dibangkitkan adalah dakwaan mekanik pusat servis “pass sana, pass sini” kerana gagal mengesan kerosakan EV sehingga kereta tersidai 8 ke 9 hari. Realitinya, diagnosis kereta moden sudah jauh berubah.
Menjelaskan situasi sebenar di pusat servis, Nazz Abdullah membongkar bagaimana kerosakan EV sebenarnya ditangani pada hari ini.
“Lebih kurang 80% diagnosis ataupun masalah teknikal EV ni boleh diselesaikan Over-The-Air (OTA) sahaja, update macam phone korang. Kereta ni very simple. Apa je yang ada pada EV ni? Tak ada gearbox, tak ada enjin, tak ada piston, tak ada timing belt. EV cuma ada electric motor. Jadi apa yang kereta elektrik ni perlukan sebenarnya bukanlah mekanik, tapi dia lebih memerlukan software engineer,” tambah Nazz.
Kenyataan ini adalah satu tamparan tepat ke sasaran. Kesilapan terbesar ramai pihak adalah cuba menilai teknologi kereta pintar menggunakan piawaian mekanikal zaman 90-an.

Pengerusi turut membangkitkan dakwaan isu EV Malaysia bahawa mekanik pusat servis sering “pass sana, pass sini” kerana gagal mengesan kerosakan EV, menyebabkan kereta tersidai 8 ke 9 hari. Mengupas hal ini, Nazz membetulkan salah faham yang sangat kritikal dalam industri.
“Isu pusat servis pass kereta dari mekanik A ke mekanik B, itu sebenarnya adalah Protokol Keselamatan, bukan sebab dorang tak pandai. Dalam dunia EV, terdapat Tier Certification yang sangat ketat. Hanya juruteknik dengan sijil bertauliah High-Voltage (HV) sahaja dibenarkan menyentuh dan membuat diagnosis bateri. Ini prosedur standard global untuk elak litar pintas atau letupan, tak boleh main agak-agak macam repair kereta petrol.”

Satu lagi ketakutan isu EV Malaysia yang sering ditanam adalah risiko bateri mati ketika kesesakan jalan raya. Berbeza dengan kereta petrol yang terus membakar bahan api ketika berhenti (idling), Nazz mendedahkan fakta sebaliknya.
“Orang kata EV takut jam? Terbalik! Masa jam lah EV paling jimat sebab dia tak bakar tenaga masa berhenti, malah dia caj balik bateri guna sistem Regenerative Braking. Isu tersidai berjam-jam tepi jalan tu bukan isu teknologi, itu isu perancangan perjalanan. Telefon pintar pun kita caj hari-hari, apatah lagi kereta?”
Nazz Abdullah mengambil pendekatan fair view dan meletakkan perspektif realistik. Beliau bersetuju bahawa infrastruktur semasa masih dalam fasa “merangkak,” namun ia bukan alasan untuk menolak kemajuan.
“Saya setuju, memang ada pusat servis yang masih merangkak dalam fasa transisi ini. Tapi itu adalah lumrah teknologi baru. Dulu masa enjin petrol mula-mula ada fuel injection pun, ramai mekanik pening kepala sebab biasa guna carburetor. Adakah kita berhenti guna fuel injection? Tidak. Kita belajar dan adaptasi. Jangan sebab seorang dua mekanik lambat, kita hukum seluruh masa depan automotif.”
Di penghujung perbualan, Nazz Abdullah meletakkan satu perspektif yang sangat strategik untuk difikirkan oleh rakyat Malaysia. Teknologi baharu tidak pernah menjanjikan kesempurnaan pada hari pertama ia dilancarkan.
“Dan mungkin satu perkara yang pengurusi PPKMKL tak berapa faham lagi, kereta elektrik (EV) ni bukanlah satu solusi. Tidak! Tiada siapa mengatakan kereta elektrik adalah solusi magis, ini hanyalah satu transisi. Tugas kami di NAZZ&CO adalah untuk educate orang ramai tentang teknologi yang sedang wujud hari ini,” ujar Nazz mengakhiri perbincangan.
Sebagai penganalisi automotif, Nazz menegaskan bahawa peranan beliau bukan untuk memaksa pasaran. “Cuma tugas kami di NAZZ&CO Media adalah untuk memberi ulasan, untuk menyampaikan kepada netizen dan rakyat Malaysia dan ‘educate’ orang ramai tentang apakah teknologi yang sedang wujud hari ni, tentang apakah yang dunia tengah gaduhkan hari ni.”
Perubahan sentiasa menakutkan bagi mereka yang tidak bersedia. Walaupun wujud ruang penambahbaikan untuk infrastruktur dan ekosistem pembaikan isu EV Malaysia, melabelkannya sebagai beban sosial adalah satu kenyataan yang tersasar dari fakta teknikal. Dunia sedang bergerak pantas. Persoalannya, adakah kita mahu terus mengeluh, atau bersedia untuk menakluk masa depan?
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?